Melangkah Ke Setengah Tahun 2020 Selamat Datang Jun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MELANGKAH KE SETENGAH TAHUN 2020 SELAMAT DATANG JUN | Allahu.Masing-masing masih berada dalam suasana Syawal.Ya,masih lagi meraikan walau dengan cara dan tradisi yang berbeza tahun ini.Tidak mengapalah.Alhamdulillah apa seadanya.Syukur selalu.

Tahun 2020 disambut meriah.Seperti tahun-tahun sebelumnya.Detik jam dua belas malan sentiasa dinanti untuk dihitung bersama-sama dan beramai-ramai.Sana sini ruang udara dihiasi dengan pancaran dan percikkan warna warni bunga api meraikan masuknya tahun baru 2020.MasyaAllah.

Azam baru.Niat baru.Misi dan visi baru.Semuanya bermula daripada halaman yang baru.Atau mungkin halaman baru dalam buku yang tetap lama dan sama.Tidak mengapa.Namun segalanya berubah dan betukar.Pertengahan Mac 2020.Halaman baru di buku baru.memang benar-benar baru dan menyebabkan banyak yang berubah.Bukan sahaja negara kita Malaysia digemparkan dengan virus Corona,malahan seluruh dunia berhadapan dengan ancaman serta serangan daripada virus maya yang ganas ini.Allahu.Segalanya menjadi seakan-akan lumpuh.

Disangkakan cuma seketika rupanya berlarutan dan sangat menguji.Usaha,doa bukan lagi menjadi suatu yang asing.Ditambah dengan bakal hadirnya Ranadhan kemudia Syawal,masing-masing bertambah cemas dan berada bi bawah satu tekanan yang bukan olok-olok untuk dibahas.Banyak yang terjejas.Banyak yang menang dan banyak juga yang tewas.Allah merencanakan sesuatu yang mampu digalas setiap hamba-hambaNYA.

Setiap hari pelbagai rasa yang dialami.Adakala terasa waktu lambat berlalu.Ada ketikanya mengapa terlalu pantas masa meninggalkan.Hari demi hari yang dilalui,akan ada kisahnya yang tersendiri.Ada air mata.Ada ketawa juga.Ada kesedihan.Ada kebahagiaan.Melangkah ke setengah tahun 2020.SELAMAT GATANG JUN.Moga hari-hari berikutnya semua kembali membaik dan dilimpahi keberkatan olehNYA.Aamiin.

related image
Melangkah Ke Setengah Tahun 2020 Selamat Datang Jun

Sekian

semua akan indah pada waktunya

6 comments:

  1. SEKEJAP SAJA DAH SETENGAH TAHUN MASA BERLALU

    ReplyDelete
  2. Pejam celik pejam celik...pertengahan 2020 yg akan dikenang sampai bila2...moga covid cepat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPANJANG TAHUN 2020 ,COVID INI MENNJADI MEMORI YANG SUKAR DILUPAKAN..

      Delete
  3. sama-sama kita berdoa PC agar hari-hari yang bakal mendatang akan menjadi lebih baik situasinya buat kita semua, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAMIIN.BETUL TU KAK ANA.BIAR SEMUA INI SEGERA ALLAH GANTIKKAN DENGAN SESUATU YANG LEBIH JERNIH UNTUK KITA SEMUA.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.