Kira Duit Raya? Biar Betul!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KIRA DUIT RAYA? BIAR BETUL!! |Perkara sedih mudah lekat difikiran kita.Perkara yang gembira dan lucu serta menyenangkan pun sangat terkesan dihati kita.Kadang Allah swt rawat kesedihan atau berkecamuknya fikiran dan perasaan hambanya dengan cara ingatkan kita pada perkara-perkara yang lucu dan menggembirakan.Walaupun kadang kecil dan mudah sahaja babaknya.Tapi boleh buat kita senyum sendirian.Allahuakbar.

Puasa sebulan.Raya pun sebulan.Barangkali sudah ada yang mula puasa enam dan puasa qada juga.Puasa qada tidak semestinya untuk kaum hawa yang Allah bagi cuti khas..mungkin juga ada kaum adam yang puasa qada kerana masalah kesihatan jugakan.Selagi ianya tidak disengajakan..bukan suka-suka maka diperbolehkan tidak berpuasa dengan syarat mesti qada sebelum masuk ramadhan akan datang.

Kira duit raya? biar betul!!.Dah namanya pun budak-budak.Orang tua tengah bersembang dia kira duit raya.Orang tua sibuk di dapur eh dia kira duit raya.Orang tua sibuk bentang tilam susun bantal nak tidur malam amboi dia kira duit raya lagi.Hihihihi.Melihat telatah anak-anak buah buat PC senyum sendiri lebih lucu bila sama-sama adik beradik..di tambah dengan sama-sama sepupu duduk kira duit raya sama-sama.Aman.Damai.Tenang.Ya Allah moga kalau tak kira duit raya pun terus begini ukhuwah mereka.

Sehinggalah..

"Duit kakak kurang seringgit"
*padahal silap kira..seringgit macam sepuluh ringgit wooo
"Duit abang tadi banyak dah tinggal sikit"
*sebahagiannya dah masuk tabung tapi lupa sendiri..parah ni
"Duit adik tadikan suruh kakak simpankan"
*dah minta daripada kakak,adik buat main letak merata tempat

Aaaaaaaasudahhhhh.

Malam yang patutnya masing-masing lena dengan senyuman berakhir dengan basah kelopak mata dengan air mata akibat kena tazkirah berapi dengan ibu ayah mama papa masing-masing.

Begitulah anak-anak mengisi memori zaman kecil mereka yang satu masa nanti berlalu menjadi satu kenangan indah dan lucu untuk dikenang selalu.

Tidak raya bersama namun kenangan sentiasa menjadi panawar rasa.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

12 comments:

  1. Alaaa comel memasing...hehehehe tu budak kecik, anak Sis yang besar pun kadang gitu gak hahaha..padahals endiri dah guna beli barang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat semula lucu Sis.PC boleh senyum sendiri.Duit raya punya pasal macam-macam adegan ada.

      Delete
  2. DULU2 RAYA XDAPAT PUN DUIT RAYA SEDIH JUGA KAN...TIADA KENANGANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi meriah raya dulu sangat lain macam kan Kak PI..duit raya bukan keutamaan dulu asal dapat makan kuih,minum air dah seronok bukan main.Kalau tuan rumah bagi duit raya malu-malu nak ambil.

      Delete
  3. Itulah antara memori yg tak dpt dan dilupakan

    ReplyDelete
  4. Tahun ni raya PKP, kuranglah pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kak PC pun.Hehehehe.Mungkin tiba masanya lebih memberi.

      Delete
  6. tahun ni tak dapat tengok suasana kira duit raya sebab tak balik kampung...

    ReplyDelete
  7. Tahun ni anak2 saya mula2 sedih sbb tak dpt bnyk collection duit raya. Tp rupanya bnyk juga dia dpt dari pakcik2 dia org hehee.. bolehlah happy juga walaupun duduk di rumah :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.