Ketika Solat Itu Sebenarnya Sedang Menjalin Hubungan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KETIKA SOLAT ITU SEBENARNYA SEDANG MENJALIN HUBUNGAN |Bila sedang beribadah,sangat jelas itu bererti seorang hamba sedang menjalinkan hubungan dan sedang juga berkomukasi dengan Allah SWT.Khususnya ketika mendirikan dan menunaikan solat.Solat fardhu.Solat sunat.Bagi PC masa peribadi yang indah adalah ketika solat.ya solat itu satu kewajiban.Wajib ditunaikan.Mungkin ada yang mendirikan solat kerana hukumnya wajib.Tak buat dosa.Buat dapat pahala.Yang penting dah tunaikan.Dah lega.Dah selesai.Entah kenapa pada PC solat itu sebenarnya lebih daripada itu.

related image
Ketika Solat Itu Sebenarnya Sedang Menjalin Hubungan

Asasnya temujanji dengan Allah SWT itu sehari semalam yang diwajibkan limat kali.Lima waktu.Waktu itulah kita berkomunikasi denganNYA.Masa itulah kita menjalin hubungan indah dan istimewa dengan PENCIPTA kita.masa itulah kita berkomunikasi dengan menggunakan bahasa wahyu.Baik cuma hafalan tidak tahu ertinya,atau hafal dan faham maksud setiap bacaan tapi itulah waktunya.Ada masa kurang fokus.Ada masa tergesa-gesa.Ada masa pilih surah yang paling pendek.PC lah itu.tapi bila berdoa minta macam-macam.Panjang berjela-jela.Allahu Allahu.Malu sendiri.

Peribadi bagi PC,ketika solat sebenarnya kita sedang menjalin hubungan.Hubungan dengan Tuhan.Tidak kiralah berjamaah apatah lagi bersendirian.Bicara hamba dengan Pencipta.Dalam masa yang sama kita juga menjalinkan hubungan sesama kita dan makhluk dengan cara mendoakan.Menjalin hubungan atau berkomunikasi tidak semestinya bersua jasad dengan jasad.Kerana gerak hati juga boleh sahaja berlaku dan menjentik rasa.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

5 comments:

  1. waalaikumussalam. terima kasih sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi =)

    ReplyDelete
  3. betul...solat tu sebenarnya masa kita dengan Pencipta hanya berdua...paling terasa connection tu bila solat di sepertiga malam..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.