Ketika Hujan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KETIKA HUJAN

Jarum berbentuk kemas tersemat
Hati-hati bertingkah cermat
Hujan yang turun berserta rahmat
Moga merapat sebayak-banyak manfaat

Menyusun bicara merafak sembah
Sembah mengadap paduka baginda
Hujan itu bukan musibah
Bukti kebesaran dan kekuasaan Pencipta

Subur sungguh pokok bermi
Dibuat urap lebihkan cili
Syukuri hujan membasahi bumi
Menyuburkan  tanaman hampir mati

Jangan dibiasa duduk menyendiri
Cuba sesekali hidup berkawan
Jangan terus lari bersembunyi
Sesekali basahkan tubuh bermandi hujan

Terbang rendah burung merpati
Burung merpati dua sejoli
Sangat banyak nikmat dinikmati
Hujan juga nikmat dan rezeki

Hati-hati dilorong sempit
Dilorong sempit sukar bergerak
Luas terbuka indahnya langit
Banyakkan berdoa yang baik-baik

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


13 comments:

  1. HUJAN RAHMAT LANGIT TURUN KE BUMI

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua sentiasa beroleh kebaikan dan dimakbulkan setiap doa yg baik2.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. smoga doa dimakbulkan tatkala langit terbuka

    ReplyDelete
  4. Bertentang mata tangan berjabat,
    Senyum manis tak mengira darjah;
    Guruh berdentum hujan pun lebat,
    tadah tangan mohon hajat.

    ReplyDelete
  5. hujan tu salah satu rezeki dariNya...

    ReplyDelete
  6. Bunyi hujan jatuh menimpa awning rumah sangat mendamaikan...kena pula secawan kopi o panas...fuhhh

    ReplyDelete
  7. Hujan rahmat kata orang kan PC. Banyak-banyak kita submit doa bila hujan, semoga Allah perkenankan doa kita.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.