Jap Itu Singkatan Daripada Frasa Sekejap

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JAP ITU SINGKATAN DARIPADA FRASA SEKEJAP.Bila kita bertanyakan sesuatu hal atau mahukan maklum balas daripada pihak lain atau sesiapa pun itu bila sudah beberapa kali diajukan pertanyaan kemudian diam membisu itu bahaya.Hingga soalan yang serupa diulang dan jawapannya jap yang pada fahaman kita membawa erti sekejap pada PC ianya bererti sebentar menjadi seharian malah lebih dua puluh empat jam wah itu lagi dan lebih bahaya.

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja

Mungkin apa yang telah dan sedang diusahakan telah membuahkan hasilnya.Malahan apa yang diusahakan terkini lebih menguntungkan dan lebih memuaskan hati.Siapa pun pelanggan atau yang sudi berurusniaga dengan kita pada barang jualan pertama yang mungkin sekarang tidak lagi menjadi keutamaan awak sebagai peniaga seharusnya menjelaskan apakah situasi yang sebenar.

Jelaskan dengan sebaik-baik cara sekiranya ada apa-apa kesulitan kerana pembeli atau pelanggan tidak mampu membaca apa yang sedang terjadi.Tidak boleh juga meneka-neka apa yang sedang berlaku kerana pelanggan,pembeli atau pengguna cuma mahu membeli apa barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan,itu sahaja.

Semuanya sangat mudah.Tidak perlu dibentangkan karpet merah pun,atau kata-kata yang berbunga-bunga,cukup menjelaskan menjaga setiap pertanyaan dengan tujuan jual beli dilengah-lengahkan.Jika ada penjelasan,mungkin kalau PC sendiri masih boleh menunggu dan bersabar jika sebaliknya cuma dengan membalas jap setelah dua hari menunggu dan bertanya hal yang sama mungkin tidak keterlaluan kalau ianya cukup sekadar ini sahaja walhal urusan sebelum-sebelumnya tiada sebarang masalah pun.

Adakah seharian itu jap iaitu sekejap.Adakah dua hari itu juga jap.Atau sekejap itu seminggu.Setahun.Hehehe.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya 

11 comments:

  1. anak-anak ammi suka sangat guna perkataan sekejap sampai satu waktu tu ammi terpaksa tinggikan suara "Ammi taknak dengar lagi perkataan jap jap tu". Sebab "jap" tu mcm tak de maknanya bila ammi yang memanggil ni terpaksa tunggu lama untuk nampak muka anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ok kalau memang betul betul ada kerja atau perkara dilakkan tapi kalau digunakan unutk berlengah-lengah memang boleh mengundang rasa yang berapi.

      Delete
  2. Replies
    1. InshaAllah sabar cuma terkadang terkilan dengan sikap manusia.

      Delete
  3. Saya pun tengah menunggu jap dari seseorang yang dah separuh hari masih tak reply haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram jekan..begitulah kehidupan.Lebih baik kalau jap tu dijelaskan kenapa.

      Delete
  4. Kami orang utara biasa sebut " sat"..

    ".. nanti sat na.."= jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sat yang memang betul sat ok.Tapi yang sat berhari-hari tu yang rasa nak marah ke nak nangis sebab geram.

      Delete
  5. jap tu memang mengundang kalau kita nak cepat.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. mungkin dia terlupa...kena ingatkan semula soalan yang ditanya tu...haha

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.