Episod Rumah Terbuka La Pulak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

EPISOD RUMAH TERBUKA LA PULAK |10 Syawal dah ye.Alhamdulillah.Mungkin masing-masing sudah pulang ke kediaman masing-masing juga.Walau anak-anak masih cuti sekolah namun ibu bapa memenuhi tuntutan tugas masing-masing.Mencari rezeki.Sambung berayalah ibu bapa dan anak-anak dikediaman atau dikejiranan dan rumah sahabat masing-masing.Walau sudah sepuluh hari Syawal..namun waktu-waktu beginilah sering menjadi pilihan untuk mengadakan rumah terbuka.

Episod rumah terbuka la pulak.Tak raya pun rumah sentiasa terbuka.Terbuka menerima tetamu yang sudi bertandang ziarah.Bezanya ketika hari raya ramai tetamu yang memang diundang untuk menjamu selera berbanding hari-hari biasa.Dan ketika inilah bermacam-macam jenis juadah disediakan oleh tuan rumah.

Uniknya adalah bila semua rakan tidak kira bangsa agama dan budaya turut sama diundang untuk sama-sama meraikan.Silaturahim terjalin.Hubungan bertambah erat dan kemesraan terpupuk indah satu dengan yang lain.

Isu!?..perkara biasa.Lumrah setiap tahun akan timbul isu setiap kali adakan rumah terbuka sambutan hari raya.Tuan rumah yang bermurah hati mengundang mesti berlapang dada dan fikiran menerima karenah tetamu terutama tetamu-tetamu cilik.Buatlah persediaan pada sebarang kemungkinan sedari awal.Para tetamu..bila memenuhi setiap undangan..sebolehnya sentiasa menjaga adab atau tingkahlaku semaksimumnya.Banyak hal boleh terjadi diluar jangkaan kita namun usahakan dulu.

Sekiranya mampu tidak salah menjamu jiran tetanga,rakan taulan dan saudara mara.Niatkan sedekah kerana Allah swt.Jangan jadikan gelanggang untuk berlawan satu sama lain kerana ianya tertakluk pada rezeki dan kemampuan masing-masing juga.

Masih kita jaga kita.Kita sama-sama jaga.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

10 comments:

  1. saya if rmh terbuka sebolehnya clear kan apa2 yg boleh pecah kat ruang tetamu, bkn anak org lain, anak buat sdiri hebat juga notynya. so better bersedia then sorry, demi keselamatan diorang juga. bdk2 kan mana nak tau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat-sangat.Mudah untuk kita dan mudah untuk tetamu jugakan.Terbaik.

      Delete
  2. rezeki bagi orang makan, nanti berlipat ganda rezeki kita dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Kerana Allah.Setuju.Rezeki bersedekah.

      Delete
  3. suka pergi rumah terbuka. sedap2 makanannya. hehe

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak boleh buat rumah terbuka,moga tahun depan semuanya kembali seperti biasa =)

    ReplyDelete
  5. Dalam norma baru, takde rumah terbuka.

    ReplyDelete
  6. Tahun ni pertama kali raya tiada undangan rumah terbuka, baik saudara, jirat atau kawan2

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.