Ada Ujiannya Untuk Menjadi Sahabat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA UJIANNYA UNTUK MENJADI SAHABAT.Tiada kebetulan semua telah Allah atur dan tentukan cuma kita mesti bijak menapis dengan akal fikiran dan jangan hanyut dengan perasaan.Berkawan kerana Allah.Bersahabat kerana Allah.

PC percaya,kalau sekarang kita hitung tempoh waktu persahabatan yang telah terjalan,pasti ianya bermula daripada menjadi seorang kawan.Berjumpa terus menjadi sahabat itu agak mustahil.Tapi kalau bertemu kemudia berkawan itu ya.Untuk menjadi sahabat memerlukan proses yang panjang sebenarnya.

Ketika menjalin silaturahim sebagai kawan seiringnya waktu tentu ada sahaja ujian atau dugaan baik daripada mana-mana pihak sekalipun.Baik ujian kecil atau dugaan besar dan ketika itu kita masing-masing perlu dan akan mainkan peranan masing-masing.Dengan setiap apa yang berlaku sama ada kita satu sama lain semakin menjarak atau mendekat memberi bantuan selayaknya seorang kawan.

Merintis ukhuwah yang disulami dengan onak dan duri secara alami itu indah untuk dikenang.Tidak pura-pura.Apa adanya.Jangan kita uji kawan kita.jangan kawan kita uji kita kerana ujian sudah ada pakejnya sendiri daripada Allah SWT,dan kalau mahu berubah sesiapa pun pasti sahaja boleh berubah.Sangat ramai yang tewas dengan ujian.Berapa ramai yang mengaku sahabat cuma bersama-sama bila ketawa sahaja.

Ya,untuk menjadi sahabat memang ada ujiannya.Namun begitu jangan kita yang mereka atau mencipta ujian itu untuk menentukan layak atau tidak seseorang itu menjadi sahabat kita.Bila kawan kita tahan atau bertahan dengan ujian kita maka dia layak menjadi sahabat.Jika sebaliknya ucapan selamat tinggal diberikan.Persoalannya diri sendiri itu layakkah menjadi sahabat untuk orang lain.

Kawan ke.Sahabat ke.Moga ianya memacu dan menjadi asbab sama-sama ke syurga.Aamiin.

related image

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

5 comments:

  1. Semoga kita mendapat sahabat yang baik dan menjadi sahabat yang baik..insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Setiap yang hadir dalam hidup kita pasti ada sebab dan sesuatu yang 'ditinggalkan'

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    gembira sebab ada ramai juga sahabat yang memang sahabat

    ReplyDelete
  4. sahabat..
    anugerah dri ilahi..amin

    ReplyDelete
  5. Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan menerima tempias wanginya.. sahabat adalah anugerah utk dijaga dan disyukuri.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.