Ada Saka Ke Atau

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


ADA SAKA KE ATAU | Saka suatu perkara mistik.Ada orang langsung tidak mahu mempercayainya.Ada orang mempercayainya. Ilmu putih itu ada.. Tidak dinafikan ilmu hitam itu juga banyak.Justeru itu ada kaedah merawat pelbagai penyakit.Pilih sahaja.

Pilihan sentiasa ada dan pelbagai.Perubatan Islam yang selalu disebut rukkiyah. Dikendalikan oleh insan-insan yang mampu merawat menggunakan ayat suci Al Quran.Seterusnya,perubatan tradisional yang sering melibatkan dukun, pawang atau bidan. Perubatan moden yang bersifat saintifik dikelola oleh para doktor terlatih di hospital dan klinik juga ada.

Lakukan sesuatu mengikut mampu dan sewajarnya.Tidak salah cuma memilih salah satu. Tidak salah memilih semua. Paling penting niat pastikan betul.

Ada saka yang memang dituntut sendiri. Ada saka yang mendekat melalui turun temurun. Sebaik-baiknya elakkan demi kebaikkan semua.Kalau kita tahu seseorang itu ada saka,jangan pandang serong kerana boleh jadi dia sendiri tidak mengetahuinya dan dia sendiri tidak mahukannya,lebih-lebih lagi bila ianya tidak menjadi tabiat atau kelaziman melakukan ritual atau menuntut ilmu itu dan ini.Ini biasanya disebabkan turun temurun.Jadi sebelum lakukan sesuatu tindakkan atau buat keputusan..fikirkan anak cucu kemudian hari.

Tapikan, betul ke kalau kita kuat makan itu bererti dalam badan kita ada saka,tidak mustahil juga kerana ada juga kes di mana seseorang itu terlantar sakit sedang nafsu makannya seperti tidak boleh diterima dek akal ditambah dengan badannya yang semakin kurus dan mengecil,atau ada sesetengah makanan cuma boleh hilangkan rasa lapar sekadar seketika,pun betul juga.Hihihi.Kalau kita sihat,tapi suka makan atau mudahnya seorang yang kuat makan,tidak semestinya dalam tubuh kita ada gangguan saka ya.Harap maklum.Dah kalau perut sentiasa lapar,makanan yang di makan cuma keropok ikan,haruslah boleh habis sebalang keropok ikan tu,lagi la waktu hujan,tak gitu. 

related image
Ada Saka Ke Atau

Sekian. 

Semua menjadi indah pada waktunya

19 comments:

  1. Kalau makan keropok tu Mrs. A pun boleh habiskan sorang rasanya bukan sebab saka tu hehehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..lagi kalau tengok tv..alih-alih habis je sebalang.Lagi satu syok bila dah mula mengunyah.Hehehehe.

      Delete
  2. Benda ghaib ini ada.. kadang ada orang tak sedar pun tapi saka tu ada dekat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Ada yang langsung tak percaya sebenarnya.

      Delete
  3. ni bukan saka mak PC., tapi sakan., hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...kelakar la...tapi selalu gak sebut benda yang sama kalau bab makan laju je..mesti akan keluar ayat ada bela saka ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi gurauan sebenarnya .Kalau yang ok boleh terima tapi kadang ianya jadi sensitif sebab bila ditegur depan orang yang mungkin tak kenal atau rapat ianya mengaibkan dan menimbulkan pertanyaan.

      Delete
  5. Sambil tengok tv lagi laju balang tu kosong hahah

    ReplyDelete
  6. hahahah yeee, kalo dah memang lapar, keropok ikan sebalang pun boleh habis! jangan salahkan saka pulak! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Nak minta maaf dengan saka kena fikir banyak kali juga tuh siapa yang tuduh saka.

      Delete
  7. part saka ni mmg scary sbb kita sendiri jadi tak tenang kalau dekat org yg ada saka ni..bimbang kot saka dia melekat kat kita..naiyaaa

    ReplyDelete
  8. Masa PKP mmg banyk makan keropok, terutama bila menonton tv waktu tiada apa-apa yg perlu dikejar. Tak sedar mengunyah sampai seorang pun boleh habis satu balang hehee

    ReplyDelete
  9. tgk tajuk buat terkejut je.. tp benda ni mmg bersaka. bahaya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.