Tulus Ikhlas Maaf Zahir Dan Batin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TULUS IKHLAS MAAF ZAHIR DAN BATIN |Syukur.Fajar Syawal menjelang.Nikmat meraikan hari kemenangan.Tamat sudah berada di madrasah Ramadhan 1441H.Sayu hati tatkala mendengar berkumandangnya takbir yang mendayu-dayu.Dikala melihat kanak-kanak riang meraikan hari pertama aidilfiri seperti mana meriahnya pakaian yang berwarna warni..bertemu lagikah ramadhan mendatang.Allahu.Terkulai sedikit rasa girang dihati ini.Moga diberi kesempatan lagi.Aamiin.

related image
Tulus Ikhlas Maaf Zahir Dan Batin | Perdu Cinta

Menyambut hari kemenangan pertama.Sudah tentu sibuknya pun luar biasa.Rumah menjadi tumpuan saudara mara,jiran tetangga dan rakan taulan.Bukan menjadi perkara asing lagi.Tulang empat kerat terus bertugas.Peluh seakan tidak mahhu berhenti merembes.Letih namun gembira dan bahagia.Dicelah-celah rasa gembira dan bahagia,singgah juga rasa gundah dijiwa bila teringatkan yang telah kembali menemui PENCIPTA.Al Fatihah.Ini semua dulu sebelum-sebelum ini namun tidak untuk kali ini.Tidak di tahun ini.Allahu Allah.

Sebulan berada dimadrasah Ramadhan pasti ada pelajaran,pengajaran yang boleh terus diamal dan dibawa baik ketika Syawal atau dibulan-bulan lain seterusnya.Apa yang telah dipraktikkan jangan dibuang dan diabaikan.Maka teruskan.Apatah lagi andai ianya memberi kesan kebaikkan.Dalam ketika bergembira jangan lupa sentiasa berpada-pada.Bersederhana sentiasa.Saling mengingatkan dan saling menjaga apa sekadar perlunya.

Tulus ikhlas maaf zahir dan batin daripada PC sekeluarga.Selamat hari raya untuk semua sahabat-sahabat blogger yang dihormati.

Sekian.

jom sambung berperang di dapur
sama-sama mencari redha Allah swt

11 comments:

  1. raya tahun ni tenang daripada biasa. tak kalut sana sini pagi raya. ada hikmahnya semua ni.. selamat hari raya Aidilfitri PC~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin juga ya.

      Delete
  2. Salam lebaran 1441 H
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  4. Maaf zahir dan batin! Kosong2 ye

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri PC. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.