Semalam Telah Dilalui Hari Ini Bakal Ditempuhi Dan Esok

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMALAM TELAH DILALUI HARI INI BAKAL DITEMPUHI DAN ESOK |Purat setahun 365 hari Allah SWT pinjamkan kepada kita.Jika di darabkan dengan usia kita hingga saat ini sudah berapa hari kita lalui dan nikmati.Hari demi hari.Siang berganti malam,malam kembali siang.Hujan dan panas bergilir-gilir.Allahuakbar.Alhamdulillah.Sedari hari pertama kita lahir ke dunia ini,dilahirkan oleh ibu kita sudah bermula lembaran demi lembaran.

Semalam telah awak,saya,kita semua lalui.Bagaimana coraknya,seperti apa hasilnya,itulah dia.Tidak boleh diubah-ubah tetapi boleh diperbaiki hari ini yang bakal ditempuhi.Semalam pun kita idak mampu meneka seratus peratus apa yang bakal terjadi esok iaitu hari ini.Kalau pun sudah sedari awal merancang belum tentu juga ianya berlaku sama seperti yang dirancang kerana ada main power yang lebih cantik catatan dan urusan perancangannya untuk kita semua.

Kalau hari ini berjalan lancar seperti yang direncanakan semalam,itu bukan kerana manusia hebat tetapi kerana Allah izin dengan ikhtiar hamba-hambaNYA.Dan esok adakah akan berlaku seperti yang direncana hari ini semuanya belum pasti lagi.Kesan,atau akibat yang telah terjadi sering dijadikan penanda aras.Menjadi kajian demi kajian sehinggalah mendapatkan dan membuat kesimpulan.Hari ini berdasarkan semalam.Esok berdasarkan hari ini.Begitulah selalunya.

Sepanjang apa sahaja yang kita lalui,kalau dibukukan pasti sudah bernaskah dengan beratus muka surat setiap naskahnya.Setiap hari lain ceritanya.Setiap masa berbeza kenangannya.Walau apa yang dilakukan itu adalah rutin,masih sahaja ada bezanya.

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. Rencana Allah cukup terbaik untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  2. Hari hari berbeza...semoga yang baik baik sahaja untuk kita semua...

    ReplyDelete
  3. sentiasa berdoa agar hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..

    ReplyDelete
  4. Semoga setiap hari membawa kehidupan kita semua kpd landasan yg lebih baik kpdNya.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.