Sederhana Membahagiakan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEDERHANA MEMBAHAGIAKAN |Sederhana setiap orang tidak sama pengertiannya.Ikut rezeki pendapatan juga.Apa yang dibelanjakan itu kemahuan dan kemampuan masing-masing justeru pengertian sederhana ditafsir mengikut gaya hidup individu.Yang melakukan ada persepsinya.Yang memandang dan menilai pun ada persepsinya.

Sudah disenaraikan brang semua
Semakin mendekat penghujung Ramadhan
Waspada ketika berbelanja
Utamakan  dulu setiap keperluan

Setiap tahun ada tema
Tema warna dipersetujui semua
Jangan gundah biasa-biasa
Bahagia itu kerana sederhana

Cepu gelas dan juga cawan
Susun rapi bersama pinggan
Membazir itu merosakkan
Sederhana itu membahagiakan

Mahu tidak mahu bila sebut nak sambut raya walau cuma sehelai pakaian baru tetap dibeli.Walau untuk dipakai pada hari pertama syawal sahaja,alhamdulillah.Walau kata tidak ada kuih atas meja..paling tidak pun lima jenis tetap berisi dalam cepu dan tersusun rapi atas meja.Beberapa hari sahaja lagi..pasti masing-masing sudah sibuk membuat persiapankan.Hemahlah ketika berbelanja.Bezanya sangat dirasai.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah swt

2 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.