Santai Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SANTAI RAMADHAN

Asam pedas ikan pari
Nasi panas ulam timun
Bangun sahur awal pagi
Sunat Tahajud ditunaikan

Kari udang campur bendi
Roti jala tersusun rapi
Bau mulut tidak disenangi
Umpama haruman si kasturi

Asam laksa enak rasanya
Cukup rasa menambat selera
Lebihkan kuah tidak mengapa
Semangkuk cuma boleh sahaja

Ikan goreng paru berlada
Sirap bandung katira juga
Setiap amalah ganjaran berganda
Isi kesempatan sementara ada

Tapai ubi kuih keria
Pencuci mulut sentiasa ada
Jangan cuma lapar dahaga
Sisihkan semua yang sia-sia

S e k i a n

rahmat Allah itu kunci



12 comments:

  1. hari ni macam nak buat kuih keria gula melaka lah...kalau sempat insya'Allah

    ReplyDelete
  2. Alahai.. sedapnya paru berlada.. Lama tak makan..
    Peringatan yang baik PC..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Segan dengan pakar seperti kak PI.PC banyak belajar dengan kak PI melalui pemerhatian.Terima kasih kak PI.

      Delete
  4. Tapai ubi bunda tak berapa gemar, kalau tapai pulut on..
    Yelah, ingat nak buat jugaklah keria gula melaka.
    Terima kasih Sunah Sakura kasi idea..💕

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudahpun melepasi 11 Ramadan. Pengalaman baru juga berbuka setiap hari di rumah.. tiada berbuka puasa di luar utk tahun ni hingga raya nanti rasanya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum PC. apa khabar? Salam ramadhan :) dari Syaza

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.