Salam Nuzul Al-Quran 1441H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SALAM NUZUL AL-QURAN 1441H |SubhanaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.Hari ini sudah 17 Ramadhan.MasyaAllah.Seakan baru semalam memulakan hari pertama Ramadhan tahun ini.Ya Allah.Rasa pantas ini Allah SWT yang beri.Barangkali ada sesuatu yang telah Allah SWT sediakan untuk diberi kepada sekalian ummat yang sentiasa sabar dan taat.Aamiin.Bersangka baiklah dengan Allah SWT kerana apa pun keadaan kita,DIA tetap terima dan mendengar setiap permohonan doa kita semua.

Peristiwa indah dan manis di bulan Ramadhan.Andai sesuatu itu Allah izin berlaku maka berlakulah ia.Salah satu peristiwa menarik dan indah berlaku dalam bulan Ramadhan,iaitu pada hari ke-17 Ramadhan adalah 'Nuzul' (turun)nya wahyu pertama yang dibawa oleh Malaikat Jibril untuk disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.Seperti mana yang kita ketahui,'Iqra' merupakan wahyu pertama,ayat pertama yang diajarkan Malaikat Jibrail kepada Nabi MUhammad SAW ketika itu sedang beribadah di Gua Hira'.

Satu demi satu Malaikat Jibrail ajarkan Nabi Muhammad SAW sehinggalah lengkap menjadi kitab Al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW.Dan sehingga ke hari ini,Al-Quran menjadi panduan dan pegangan kita hinggalah akhir hayat dan zaman.Kita tidak pernah melihat Rasulullah SAW.Setiap hari kita berselawat.Setiap tahun kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda dengan rasa yang sukar digambarkan.Kita membesar dengan pelbagai kisah dan sejarah baginda.

RELATED IMAGE

Dua hal yang ditinggalakn untuk kita ummat akhir zaman adalah sunah baginda dan mukjizat nyata yang diwahyukan kepada baginda iaitu Al-Quran.Menjadi penyuluh dan landasan.Menjadi benteng dan tiket.Jagalah sebaiknya.Amalkanlah dengan istiqhamah.Buktikan rasa sayang dan cinta pada baginda tanpa perlu meletakkan syarat perlu bersua.Nanti,kita berjumpa kerana baginda sentiasa menanti ummatnya di sana.

Salam Nuzul Al-Quran 1441H

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

4 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.