Pertimbangkan Betul-betul

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERTIMBANGKAN BETUL-BETUL

Banyak perkara perlu dan mesti dipertimbangkan betul-betul.

Bersedekah itu sangat bagus.Tidak menjadi miskin andai bersedekah.Bersedekahlah kalau mahu memperkembangkan harta namun begitu andai hati belum benar-benar kuat untuk ikhlas..lisan belum mampu dikawal,tangan kanan belum boleh merahsiakan,pertimbangkan betul-betul.

Menyampaikan dan menyebarkan serta membantu adalah amalan yang sangat mulia.Hari ini kita bantu orang.Menasihati orang.Mendidik orang.Sangat-sangat baik apatah lagi apabila hal baik yang disampaikan itu diamalkan makan berterusanlah jariah kita.Tetapi kalau apa yang sedang dilakukan itu condong dan cenderung meraih sesuatu yang tidak sepatutnya maka pertimbangkanlah betul-betul.

Banyak baik atau banyak buruknya pada apa yang bakal kita putuskan dan lakukan..pertimbangkan betul-betul.

related image
Pertimbangkan Betul-betul

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI


7 comments:

  1. Seelok2nya apa yang tangan tangan menghulur, tangan kiri pun tak tahu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Ye, saya setuju tu.. Ikhlas itu tidak mudah sebenarnya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang ikhlas.

    ReplyDelete
  3. bersedekah amalan yang mulia, namun semuanya bermula dari hati...

    ReplyDelete
  4. bersedekah sahaja apa yang mampu dan perlu kepada si penerima

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.