Jangan Lupa Pilih Jalan Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN LUPA PILIH JALAN ALLAH | Dalam hidup ini banyak jalan.Diberikan sebanyak-banyaknya kebebasan kepada kita.Tinggal kita pilih sahaja kebebasan seperti apa dan yang macam mana kita mahukan.Terserahlah.Nikmat sekejap.Nikmat berpanjangan.Nikmat selamanya.Nikmat dunia.Nikmat akhirat.Nikmat dunia akhirat.

RELATED IMAGE
Jangan Lupa Pilih Jalan Allah

Nikmat dunia akhirat.Maka pilihlah dan ikutlah kebebasan bersyarat.Hidup yang sentiasa mencari tauhid.Hidup yang sentiasa berteraskan akidah.Jangan bimbang kalau sehingga kini masih merangkak untuk belajar dan ambil tahu kerana belajar itu sepanjang hayat.Waima sudah kebumikan pun masih tetap diajar menjawab soalah malaikat ketika berada di dalam kuburan.Untuk yang sudah tiada dan untuk yang sedang mendengar juga ketika itu.Justeru bila ada kematian dan menghantar jenazah hingga disemadikan di situ mewah dengan ilmu,pengalaman dan amaran.

Sejauh mana kaki melangkah.Seluas mana mata memandang.Setinggi mana telah berjaya digapai.Sebanyak mana harta yang dilebur dan dilaburkan serta dikumpul.Selalulah berdoa minta kepada Allah supaya kita jangan lupa pilih jalanNYA sentiasa.Aamiin.

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT



4 comments:

  1. Alhamdulillah...jln yg lurus itulah jln yg benar

    ReplyDelete
  2. hanya pilih jln yg benar lagi diredai-Nya

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Pilihlah jalan yang diredhai. InsyaAllah diberkati hidup kita. Aril singgah kejap ehh sini.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.