Jaga Diri Dulu Kemudian Kita Jaga Kita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JAGA DIRI DULU KEMUDIAN KITA JAGA KITA |Bermula atau mulakan daripada diri sendiri dahulu.Sebenarnya banyak perkara yang kalau dilihat menjadi parah atau tidak,tetap sahaja bermula daripada diri sendiri terlebih dahulu.Bila diri sendiri,masing-masing tahu,dan paling penting sedar inshaAllah banyak masalah boleh dikawal dan seterusnya di atasi dengan lebih cepat,mudah dan berkesan.Aamiin.

Kumpulan atau kelompok terbentuk daripada gabungan individu.Setiap individu itu ada set masing-masing.Ada otak untuk berfikir,ada hati yang di dalamnya ada rasa dan iman.Akal dan rasa membentuk keputusan serta tindakkan.Mahu atau tidak.Betul atau salah apa yang bakal dilakukan.Justeru mengapa ada kebaikkan dan keburukkan di alam ini.Di mana-mana.Kerana di mana-mana sahaja ada insan yang bawa dirinya sebagai individu yang cinta kepada kebaikkan dan kedamaian,tidak kurang yang sebaliknya.Terbentuknya kelompok atau kumpulan bila mana ianya salaing tertarik dan bergabung.

Jaga diri dulu.Dalam keadaan sekarang yang masih tidak stabil,dan risiko yang masih tinggi diharap setiap kita sedar untuk terlebih dahulu jaga diri sendiri.Bila ada rasa kesedaran untuk jaga diri sengiri tidak langsung kita sebenarnya sudah ada usaha  menjaga dan menyelamatkan orang lain juga.barulah nanti mejadi kita jaga kita ke kelompok yang lebih besar dan luas.Itu sahaja.Bila jaga diri sendiri terlebih dahulu bukan bererti angkuh atau pentingkan diri sendiri kerana SETIAP orang perlu jaga diri sendiri.Bila setiap orang lakukan hal yang sama walaupun duduk berasingan,saling tidak mengenali namun tetap sahaja kita jaga kita kan.Aamiin.

Sama-sama membangungkan matlamat.Sama-sama mahu hidup selesa dan tenang walau pun sederhana.

related image
Jaga Diri Dulu Kemudian Kita Jaga Kita

S e k i a n

RAHMAT Allah itu KUNCI

12 comments:

  1. inilah norma baharu kehidupan kita PC, jaga diri dan jaga hubungan dengan Allah swt

    ReplyDelete
  2. YA PERLU JAGA DIRI UNTUK SALING MENJAGA

    ReplyDelete
  3. Yaaa PC, Norma baru dalam kehidupan yang mesti kita teruskan...#KitaJagaKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jaga kita walau sudah berakhit COVID-19.

      Delete
  4. Ya betul Tu PC..
    Jaga diri sendiri Dan keluarga dulu..

    Selamat menjalani ibadah puasa PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bermual dari kelompok kecil menjaga..inshaAllah akan tersebar ke kelompok yang lebih luas.

      Delete
  5. nice post here! insyaAllah. salam ramadhan sis. <3

    ReplyDelete
  6. betul tu, kalo bukan kita yang jaga diri kita, siapa lagi?

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.