Ikut Naluri Percaya Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IKUT NALURI PERCAYA DIRI |Percaya dengan kemampuan diri.Yakin.Tawakkal.PC percaya sempurna itu cuma milik DIA.Manusia kalau mampu sempurna pun sempurnanya tidak menjangkau keterlaluan tetapi berada ditahap sederhana kerana andai Allah swt izin hamb-hambaNYA sampai ke tahap sempurna yang luar jangka,inshaAllah ianya merosakkan dan membinasa dengan sekelipan mata,kerana pada tahap biasa-biasa pun manusia sangat susah mengikis rasa riak,ujub dan takbur pada diri.

Serba boleh.Setiap orang ada minat yang berbeza.Ada tahap kemahiran yang tidak sama.Ada ilmu yang lain-lain.Kemampuan setiap orang itu ada perbezaannya antara satu dengan yang lain.Ada orang lebih cenderung pada satu perkara sahaja.Ada orang suka menguasai semua kalau tidak mendasari hingga ke akar umbi sekalipun,asasnya sudah memadai untuk dikuasai dan dipegang.

Ikut naluri percaya diri.Bukan tidak boleh.Elok tu,ikut naluri percaya diri tapi pastikan bertempat.Naluri sentiasa betul,sebenarnya tidak juga lagi-lagi kalau nafsu yang lebih menguasai.Percaya diri pun bagus juga tapi kalau terlebih percaya hingga menolak pendapat atau nasihat lain yang lebih baik pun bahaya juga.Sentiasalah berdoa supaya Allah SWT sentiasa pandu naluri kita dengan sebaik-baiknya.Dan apabila kita ada rasa percaya diri,biarlah percaya diri itu cenderung ketika melakukan perkara-perkara yang baik.Aamiin.

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

4 comments:

  1. keyakinan pada diri tu haruslah didasarkan kepada kepercayaan pada Tuhan juga kan..

    ReplyDelete
  2. Naluri jangan melebih nasfu, insyaAlkah selamat.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kita kena terima pendapat dan pandangan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Percaya diri dan lakukan usaha yg terbaik agar dpt lebih mendekatkan diri kpdNya. Mudah2an Allah terima segala usaha kebaikan yg kita lakukan.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.