Nanti Bila COVID-19 Sudah Pergi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

NANTI BILA COVID-19 SUDAH PERGI |Masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan-PKP.Ada yang saban hari menghitung.Ada yang biarkan berlalu begitu sahaja.Bila semua ini akan berakhir?.Sekarang apa sahaja yang cuba dilakukan adalah ikhtiar hamba.Hakikat jawapan sebenar bila semuanya kembali kepada situasi seperti sediakala itu cuma Allah swt yang lebih MENGETAHUI.Allahuakbar.

Ketika ini jantung masih berdebar-debar.Risau.Takut.Walau hati meronta-ronta mahu keluar namun apakan daya sekatan dan kawalan di mana-mana..dan itu pun masih ada yang berkeliaran (tanpa sebab/sebab yang ringan).Moga yang berada di luar sana..yang keluarnya dek tuntutan tugas dan tuntutan keperluan yang sangat menuntut,moga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan dan melindungi kalian semua dengan cara-NYA .Aamiin.

Allah swt TIDAK zalim.Tiba masanya semua ini bakal berakhir.Berlalunya meninggalkan kesan yang sangat kuat diingatan dan tebal serta mendalam dihati.Nanti bila COVID-19 sudah pergi .. ..

Jangan lupa dan lalai untuk terus bersyukur..teruslah bersyukur kerana dengan bersyukur inshaAllah kita sentiasa ada rasa rendah hati.Semua dengan mahunya DIA..mendatangkan dan menghilangkan apa sahaja virus dan penyakit yang ada.

Sentiasa berdoa dan minta Allah SWT terus lindung kita semua daripada hal-hal yang tidak baik..bukan untuk diri sendiri dan keluarga tetapi berdoa untuk semua.Lebih banyak doa yang baik-baik lebih banyak kebaikkan itu mendekati kita.

Berjaga-jaga kerana andai lalai dengan pengajaran dan pesanan yang ini tidak mustahil ada pesanan dan ingatan lainnya daripada Allah swt untuk kita.Cuma puncanya sahaja tidak diketahui.

Tetap kawal pergerakkan.Tetap juga kawal nafsu untuk memenuhi apa sahaja yang sudah tertangguh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan.Jangan sewenang-wenangnya jauh langkah dan ringan mulut kerana ke hadapannya kita tidak pernah tahu bagaimana nantinya.Berbelanja dengan kadar paling hemah.

Nanti bila COVID-19 sudah pergi...jom kita sama-sama buat solat sunat syukur..paling tidak pun sujud syukur.InshaAllah.

Sekian

#sama-sama mencari redha Allah swt

4 comments:

  1. moga berlalunya memberi pengajaran..

    ReplyDelete
  2. betul tu...tak mustahil, bila semua ni dah berlalu nanti, kehidupan harian kita juga akan mula berubah sedikit...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.