Ini Masa Terbaik Mahu Sombong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

INI MASA TERBAIK MAHU SOMBONG | Sombong satu sikap yang Allah swt tidak suka hambaNYA lakukan atau amalkan.Rugi bagi orang yang sombong dengan apa yang dia miliki walhal semua sementara.

Tapi ada sesetengah perkara pada waktu tertentu kita boleh sombong.Sombong sementara.Sombong cuma sekadar sebutan sahaja.Bukan sombong yang mesti terus dijadikan tabiat sehari-hari.

Ini masa terbaik mahu sombong.Fasa pertama perlu sombong sudah berakhir.Alhamdulillah,dan sekarang masuk fasa kedua pula boleh nak sombong.Sombong sekejap.Sombong sementara.Sombong sekadar istilah untuk mengawal dan ingatkan diri sentiasa berusaha berjaga-jaga untuk diri sendiri dan keluarga.


KREDIT : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Biarpun ini masa terbaik mahu sombong,selagi mana ianya bertempat dan kena pada waktunya inshaAllah ianya baik-baik sahaja.Namun demikian andai detik ini ada yang sangat-sangat memerlukan bantuan maka sekadar mana mampu,bantulah kerana Allah swt.Jaga perbuatan baik kita dengan niat,nanti Allah jaga diri kita.Aamiin.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

8 comments:

  1. pernah terfikir jugak pasal entri jua ni..bila kita buat social distance ni, macam jadi sombong pulak kat orang lain..keluar beli barang pun rasa suram aje, takde sape nak tegur sape2..semua buat hal sendiri dan cepat2 beredar bila selesai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sombong sementara demi kebaikkan bersama..tapi bagi Jua,dalam pada asyik bersungguh-sungguh menjaga seperti apa yang disarankan jangan tolak redha dan tawakkal pada Allah..ini juga ujian iman untuk kita...di mana kita letakkan rasa betul-betul tawakkal dan redha..yakin tak kita dengan Allah swt.

      Delete
  2. sombong bertempat insyaa-Allah

    ReplyDelete
  3. Yelah, nak salam pun dah tak berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara waktu..moga usaha ini Allah swt terima

      Delete
  4. smoga semuanya berakhir tak lama lagi. ameen..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.