Tetap Bersangka Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TETAP BERSANGKA BAIK | Seburuk mana pun perangai seseorang itu tetap ada sisi kebaikkan daripadanya. Apa yang menjadi masalah adalah bagaimana kita mahu menjadi manusia yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. 

Bersangka baik itu sukar. Lebih sukar nak bersangka baik pada perkara yang sudah jelas kurang baiknya.Sangat mencabar woo.Bukan mudah nak buat macam tak ada apa-apa. Berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku atau seperti langsung tidak berlaku kerana kita manusia bukan orang-orang tengah sawah. 

Justeru itu macam mana nak tetap bersangka baik?. 

Fikir setiap manusia ada potensi. Potensi untuk berubah. Boleh jadi baik dan sebaliknya.Itu bererti diri sendiri pun ada potensi begitu bila-bila masa sahaja. Kita pun tak nak orang bersangka buruk pada kitakan. Moga bila kita fikir baik pada orang..orang pun boleh bersangka baik dengan kita. Aamiin. 

Hindar sebarkan apa sahaja yang kurang baik. Kalau dah tahu cuba simpan Dan kalau boleh buang. Jangan difikirkan. Cubanya perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa dan sebagainya.

Kenal pasti punca atau sebab. Tanya dulu atau tanya terus minta penjelasan jangan cuma dari satu pihak.Dengari penjelasan daripada banyak pihak selain membuat pemerhatian sendiri. Gabungkan pemerhatian sendiri dan orang lain juga. 

Terpengaruh itu salah satu cabaran agak besar ketika mahu bersangka baik. Tak tipu.Lebih-lebih lagi bila suatu itu jelas bukan sahaja pada pandangan orang tapi pada pandangan sendiri juga. Lebih-lebih lagi bila kena pada diri sendiri oii. Mahu tidak mahu terdetik buruk sangka kerana mahu berhati-hati.

Kalau tidak mampu berbaik sangka sepenuh hati dengan manusia.. Bersangka baiklah sepenuh hati dengan Allah SWT. 

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

8 comments:

  1. Bersangka yang baik2
    harap yang baik2
    mudah2an yang baik2 jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan yang baik-baik itu yang dekat dengan kita.aamiin.

      Delete
  2. Bersangka baik, in shaa Allah perkara yg baik2 juga yg dtg kepada kita.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. sentiasa bersangka baik, jauhi prasangka buruk...

    ReplyDelete
  4. betul, selain itu bersangka baik juga sangat baik untuk pola hidup yang sehat karena hilang cemas melihat sisi negatif

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.