Rumahtangga Sepasang Suami Isteri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

RUMAHTANGGA SEPASANG SUAMI ISTERI |Akad ijab dan qabul yang sempurna  rukun nikahnya maka itulah yang diakui dan menghalalkan ikatan pernikahan dan perkahwianan antara seorang lelaki dan seorang wanita.Kalau dulu sebut lelaki dan perempuan maka itulah berbanding sekarang bila sebut lelaki dan perempuan ada segelintir yang berasa waswas..justeru jangan marah atau berkecil hati kalau ada yang bertanya untuk mendapatkan kepastian betulkah awak ini lelaki dan perempuan asli..

Titik pertama dan permulaan pertama halalnya hubungan lelaki dan perempuan mahu membina rumahtangga adalah melalui akad nikah.Rumahtangga sepasang suami isteri itu unik.Jodoh yang diizin Allah swt..dengan sebab dan alasan yang tersendiri..dengan cara dan pilihan masing-masing..dengan karenah,perangai dan latar belakang tidak sama atau boleh jadi ada kemiripannya.

Bukan menjadi suatu yang aneh dan asing.Waima telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga pun PC sendiri sentiasa meminta orang lain mendoakan kesejahteraan untuk rumahtangga PC..lebih-lebih lagi minta didoakan oleh mama babah dan mertua.Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan rumahtangga yang sentiasa sakinah (ketenangan, ketentraman, aman atau damai),mawaddah (berkasih sayang) dan rahmah (keampunan, rahmat, rezeki, dan belas kasihan).Biarpun hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Alhamdulillah.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar Ruum 30:21)

Antara monogami (beristeri seorang dalam satu waktu)dan poligami(beristeri lebih daripada seorang dalam masa yang sama)..Rasulullah swt lebih lama monogami dan Khadijah tidak pernah dimadukan sehinggalah beliau wafat..*betulkan ya kalau PC silap.Berkomitmen atau berikrar sedari awal menggalas tanggungjawab bukan suatu hal remeh dan murah..setiap momen sangat berharga dan ada nilainya.

Justeru itu niat dan matlamat sangat perlu paling jelas.Mahu berkahwin itu kerana apa.Setiap hari pupuklah perasaan berkasih sayang.Isteri bukan di bawah kaki untuk dipijak..bukan di atas kepala untuk dijunjung tapi letakkannya di sisi untuk dilindungi dan disayangi..jaga barisannya di belakang agar sentiasa menjadi makmum yang teguh berdiri.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

12 comments:

  1. terima kasih kerana sharing ini. doakan Nurul untuk melangkah ke alam perkahwinan kelak ya. ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Moga dihadiahkan pasangan yang boleh menjadi imam terbaik.

      Delete
  2. Betul tu PC.. ramai yang tersasar tujuannya bila berkahwin.. Ada yang terikut-ikut dengan tren semasa.. Perkongsian yang sangat baik dari PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar sederhana namun berkat..itu paling penting.

      Delete
  3. smoga rumahtangga yg kita bina bahagia smp ke syurga

    ReplyDelete
  4. Jangan hanya poligami aje yang nak ikut sunnah
    yang lainnya tak pula.

    ReplyDelete
  5. antara tanggungjawab yg saya jujurnya takut untuk lalui. plus.. beberapa contoh dikeliling saya adalah contoh yang x faham konsep kawen atau poligami ke apa ke.. itu buat lagi seram. tapi kalau dah sampai masa Allah takdirkan kena kawen nak buat macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadikan pengalaman orang atau apa yang disekeliling sebagai pelajaran.

      Delete
  6. semua org nak bahagia dlm berumahtangga sampai ke Jannah. Tp kdg kala jodoh terhenti di tgh jalan. mungkin ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu,yang penting terus bina kehidupan dengan pasangan.Kerana Allah.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.