Pilih Dulu Sebelum Diwariskan Dan Diwarisi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PILIH DULU SEBELUM DIWARISKAN DAN DIWARISI | Setiap orang ada bahagian atau rezeki masing-masing. Dari alam rahim ibu lagi rezeki setiap kita sudah Allah SWT tetapkan.. Tapi bukan bererti tidak perlu berusaha.. Rezeki itu InshaAllah mendekat seiringnya usaha kita juga. Aamiin. 

Usaha itu ibarat laluan. Laluan untuk banyak cabang-cabang rezeki mengalir. 

Diri kita sendiri. Ibu ayah kita. Adik beradik. Saudara mara,mereka pun ada rezeki masing-masing. Boleh jadi rezeki kita perantaraannya mereka. Boleh jadi juga kita ini menjadi perantara untuk rezeki sampai kepada mereka.

Hal yang sering menjadi kerisauan, perdebatan dan silap-silap persengketaan adalah harta benda baik semasa ibu bapa masih hidup.. atau harta pusaka setelah ibu bapa meninggal dunia. 

Semasa Ibu bapa masih hidup
"tak heran pun.. tak hadap harta ibu ayah..kami ada dan boleh cari harta sendiri"

Belum seminggu ibu bapa meninggal
"saya dulu banyak jaga ibu ayah.. saya ada hak.. saya pun anak"

Aaah.. Sudah.. 

Pembahagian mengikut faraid.Agihan secara samarata. Kedua-duanya tetap ada yang membangkitkan isu baik secara terang-terangan atau senyap-senyap.Lumrah walau tidak semua begitu namun ada. 

Selain harta benda.. Ada perkara lain yang mesti ditapis terlebih dahulu sebelum diwariskan oleh ibu bapa dan diwarisi oleh anak-anak. 

Apakah? .. AKHLAK..setiap apa yang dilakukan oleh ibu bapa itu yang diserap oleh anak-anak. 

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 


13 comments:

  1. pasal harta memang boleh jadi gaduh,sedih rasa

    ReplyDelete
  2. ya..setuju sangat...akhlak anak-anak mengikut acuan ibu bapanya..

    ReplyDelete
  3. Percaya atau Tak mmg kadangkala terjadi oertelingkahan merebut harta pusaka.. mmg menyedihka kn

    ReplyDelete
  4. Setuju.. terima kasih atas perkongsian ini sbg peringatan dan renungan yg baik PC

    ReplyDelete
  5. terkenang hal sendiri bila baca entri ni, PC.
    memang betul.
    awal nya, "tak nak...".
    bila ia nampak ada hasil di sesuatu tu, tetiba claim :(
    aduhai manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan biasanya masa mak bapak ada tak tunjuk belang bila mak bapak dah tak ada baru tunjuk perangai.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.