Penting Ke Draf Entri Kepada Blogger

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENTING KE DRAF ENTRI KEPADA BLOGGER |Mencatat dan mengingat itu adalah perkara penting.Kalau boleh dan mudah mengingat..mungkin mencatat tidak menjadi keutamaan.Kalau jenis mudah lupa sila amalkan sikap sentiasa dan rajin mencatat untuk dijadikan nota rujukan.Tidak perlu lengkap,cukup sekadar mencatat isi-isi penting atau isi-isi utamnya sahaja dan kemudian ianya menjadi kunci untuk mengingat.."keyword" itu ibarat kunci.

Penulis novel,penulis skrip,penulis lirik sentiasa mencari ilham dan sentiasa mencatat apa sahaja yang dirasakan perlu.Mungkin zaman sekarang lebih banyak pemudah cara  kerana gadjet yang sentiasa berada disisi itu boleh dijadikan medium mencatat dan menyimpan nota-nota penting juga.Kalau masih suka membawa buku dan pen juga tidak menjadi masalah pun.Terserah pilihan dan cara ikut selesanya masing-masing.Mencatat di diari pun sweet la..tak gitu.

Blogger berkarya di blog masing-masing.Tidak kiralah konten bagaimana yang mahu disampaikan dan dikongsikan namun ianya merangkumi penulisan,gambar juga rakaman video juga.Justeru itu penting ke draf entri kepada seseorang blogger?..Bagi PC penting.Untuk sentiasa fokus dan mengadap blog sahaja agak mustahil kerana apa yang cuba kita rancang belum tentu begitu jadinya dan terhasil.Boleh jadi hari ini kita sihat.Esok belum tentu.Boleh jadi hari ini idea kita mencurah-curah dan deras..esok kering kontang.Mungkin hari ini bersemangat luar biasa sedang esok tiba-tiba semangat entah tercicir ke mana.

Jika ketika sedang ada idea jadikanlah draf entri seberapa banyak yang boleh dan mampu,tidak mengapa cuma ringkas atau singkat sahaja..hari ini mungkin cuma seperenggan..esok lusa kembangkan lagi menjadi satu perkongsian yang lengkap dan terbaik semampunya kita.Untuk mengelakkan daripada terlupa pun ya juga sebenarnyakan..hehehe.Tidak mustahil draf entri boleh membantu kita ketika betul-betul tidak berkesempatan untuk mengarang dan berkongsi..bila ada draf entri,inshaAllah sawang diblog pun boleh dikurangkan.

Draf entri ni membantu blogger juga.Meringankan fikiran,meredakan resah blog tidak ber"update",menjimatkan masa juga.Namun begitu jangan ambil mudah juga.Daripada draf boleh dijadualkan juga kan..maka manfaatkan kemudahan yang ada sebaiknya ya.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

17 comments:

  1. Betul tu.. sy selalu simpan kat draf dulu kalau entri yg ditulis belum memuaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.Nanti ulang sambung baca,semak dan sepatutnya.

      Delete
  2. Mrs. A pun suka draft dulu.
    Time rajin atau time masih ingat pointkan isi.
    Lagi satu kalau pergi bercuti IG stories sangat membantu

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang kak ana draft kadang2 publish terus je PC :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut situasi ye kak..mana yang mudah dan cepat.

      Delete
  4. mmg dlm entry byk lg yg dok dlm draf ...tktau la bila akan publish tp slow2 la mn yg nk kena mengarang pjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar banyak draf..satu masa boleh dikongsikan mengikut kesesuaian.

      Delete
  5. OO.. macam ni rupanya. Saya selalu publish je,. Tu yang jarang update blog tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sediakan draf..untuk memudahkan masa mendatang.

      Delete
  6. SA kalu dah sampai vit M tu memang rajin masukkan dalam draft dulu la...bila mood blogging tu sampai...memang terus jer type and publish...nak sekarang SA dah slow pergi event so SA lebih kepada lifestyle SA je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Draft ni macam stok kan SA..kadang macam PC cuma tajuk je..sekali buka..laaaaa tajuk je..hehehehe

      Delete
  7. Wak tak pernah buat draft.
    Tapi kena ada stok gambar.
    Ada gambar baru boleh buat entri.
    Kalau takde gambar, beku idea.

    ReplyDelete
  8. as at now, aida ada 8-10 draf.
    ia tertulis bila-bila aida free. upload gambar. cari perkataan.
    sometimes, meskipun cukup lengkap entri tu, aida x rasa ia masa utk publish.
    ntah knape :) perasaan semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun rasa macam tu..macam dah ok..tapi bila baca semula macam tak ok lagi..

      Delete
  9. Memang penting untuk Sha.. Sebab bila datang mood rajin, semua draf tu akan siap untuk dijadikan entry.. hehehe..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.