Keresahan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

[ke.re.sa.han] | کرسهن
Definisi : keadaan resah; perasaan resah.
[RUJUKAN]


KERESAHAN | Setiap hari otak ligat berfikir.Tidak susut dengan banyak perkara dan berlegar-legar pada paksinya.Paksi yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar tetapi sentiasa ada terus menerus.Berfikir itu bagus.Menggerakkan sel-sel otak.Lebih cerdas dan merangsang tubuh jadi cergas juga.Bila mula fikirkan sesuatu tak langsung mahu melakukan.Bekerjalah seluruh anggota tubuh badan.

Namun begitu sejauh mana bagusnya asyik berfikir.Berfikir menyebabkan keresahan atau timbul keresahan bila tiada apa yang difikirkan.Setenang apa pun seseoran itu adakala berasa keresahan juga.Titik keresahan itu ada cuma parah atau tidak sahaja bergantung cara kita mengawalnya sahaja.

Ada orang tahap keresahannya parah.Ada orang bila dirangsang maka timbul keresahan.Tapi bagi PC sendiri rasa keresahan itu ada.Ada dihati dan fikiran kerana hidup ini tidak sentiasa berada pada tahap yang kita inginkan kadang luar daripada jangkaan juga.Maka kalau ada rasa keresahan akan satu-satu hal atau sebab itu sangat wajar dan tidak pelik pun.Lebih-lebih lagi pada perkara yang serius dan berat.kalau slumber..tak ada keresahan..itu bahaya.Itu yang susah nak terima dan patuh arahan atau nasihat..buat ikut suka tanpa alasan yang kukuh.

Bila keresahan itu timbul tidak bererti tidak redha.Bukan bermakna tidak tawakkal.Bukan bermaksud meragui Allah swt juga.Bukankah rasa keresahan itu daripada Allah swt.Bukan sia-sia dijentik rasa keresahan pada diri kita..itu juga menjadi petanda bahawa DIA mahhu kita segera mencariNYA.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

7 comments:

  1. Setiap orang ada keresahan yang berbeza..

    ReplyDelete
  2. hari2 resah memikirkan kerja yang bertimbun...

    ReplyDelete
  3. Ada banyak cara untuk meredakan keresahan.

    ReplyDelete
  4. Keresahan menghambat rezeki. Banyakkan zikir tenangkan diri Insyaallah Allah bantu! =)

    ReplyDelete
  5. Bila resah, tenangkan hati dgn berzikir.. in shaa Allah, moga Allah memberi ketenangan dan keberkatan.

    ReplyDelete
  6. apapun yg kita buat sentiasalah berpegang pada Allah.. InshaAllah smuanya akan jadi mudah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.