Dugaan Itu Juga Madrasah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DUGAAN ITU JUGA MADRASAH | Terkini COVID-19.Menggerunkan.Takut?.Ya.Risau?.YaSedih?.Ya.Biarpun banyak yang menuding jari itu ini sana sini sebagai punca.. ya, sesuatu yang terjadi pasti ada sebabnya.. Ada puncanya namun ianya juga pasti berlaku dengan izin-Nya juga.

Sering kita dengar, ramadhan disebut-sebut sebagai madrasah.Tempat mendidik hati,tempat untuk lebih mendekat dan merapat Allah SWT.. dan bagi PC, dugaan itu juga adalah madrasah untuk kita. 

Belajar sabar,bersangka baik dengan Allah SWT,bersangka baik sesama insan,lebih berdoa,usaha serta tawakkal..Disebalik dugaan apa sekalipun ada impak baiknya. Walau dirasakan seperti beban yang menyesakkan dada ketika ini, sedikit demi sedikit hikmahnya terpancar juga. 

Barangkali kalau yang sebelum ini menjadikan rumah sekadar tempat makan minum mandi dan tidur,beberapa hari ini lebih mendalami fungsi tempat tinggal yang sebenar. Jika sebelum ini ada isteri,anak-anak, keluarga..tapi cuma ada dan ala kadar.. dengan kesempatan ini lebih belajar menghargai ber-lebih-lebih-lebih lagi.Boleh jadi juga Allah SWT mahu setiap kita lebih berfikir. Lebih menginsafi. Lebih sedar diri. Lebih mencari DIA. 

Sedar atau tidak.. Kita lebih saling mengenali sikap satu dengan yang lain. Belajar menilai, baik itu dicontohi, tidak baik jangan ikuti. Hujung pada usaha dan doa adalah tawakkal. Tetapi jangan tersilap tawakkal hingga orang lain harus usaha dan doa dalam kesedihan kerana egonya kita. 

Moga berjaya kepayahan kita mendengar arahan dan nasihat.. Bersabar.. Menjadi asbab Allah SWT gandakan amal kebaikkan kita semua. Aamiin. 

Duduk rumah, qada puasa, buang sawang pada Al Quran.

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

11 comments:

  1. Betul sangat PC kalau kita relate dengan perangai manusia sekarang. Covid 19 ini banyak hikmah disebaliknya. Kalau manusia masih alpa tak tahulah nak kata apa. #ingatanuntukdirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MrsA.Sebenarnya banyak sudut Allah nak tunjukkan pada kita.

      Delete
  2. kadang2 Allah turunkan penyakit sebagai teguran buat umat manusia sekalian alam...tinggal kita aje nak menilai dengan mata hati..

    ReplyDelete
  3. Ntah APA yg Allah make tunjuk pada kita kan

    ReplyDelete
  4. Setuju sgt PC.. dlm dugaan ini sebenarnya waktu utk kita tingkatkan lagi amalan dan merenung kembali kehidupan ini sebaiknya. Moga Allah sentiasa lindungi kita semua dgn rahmat kasih sygNya.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.