Semua Itu Bukan Apa-apa Lagi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMUA ITU BUKAN APA-APA LAGI |Jumaat pertama di hujung minggu pertama di bulan Februari.Seminggu dah kita berada di bulan Februari.Alhamdulillah.Moga semua sentiasa berada dalam situasi seperti yang diingini.Aamiin.Kadang hujan.Kadang panas.Kadang redup sepanjang hari.Syukur.Semua nikmat daripadaNYA untuk kita hamba.

Setiap hari kita sibuk dengan urusan atau agenda masing-masing.Begitulah kehidupan sentiasa ada yang dilakukan kerana manusia tidak lekang daripada kemahuan dan kehendak yang bermacam-macam.Sentiasa.

Andai sedang usahakan sesuatu..maka usahakan bersungguh-sungguh.Kalau sedang perbetulkan sesuatu,perbetulkan hingga benar-benar menjadi yang terbaik.Jika sedang bejuang maka berjuanglah sepenuh hati.Tidak kiralah apa yang diusahakan,apa yang mahu diperbetulkan dan apa yang sedang diperjuangkan..niatkan kerana Allah..inshaAllah ianya menjadi benteng terbaik agar tidak tersasar.

Hari ini,di dunia ini..bakal membuatkan semua itu bukan apa-apa lagi..nanti yang diharapkan cuma ganjaran kebaikkannya semata-mata..yang diharapkan juga bukan huluran pembalasan daripada sebelah kiri juga..

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
(Maryam 19:93)

Sebenarnya kita bukan sesiapa .. .. kembalilah kepada Allah menjadi hamba yang berseri-seri pada segenap wajah.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. BERUSAHA DAN BERTAWAKAL KEPADA-NYA KITA INI HANYA HAMBA

    BalasPadam
  2. sgt sedih bila mendapat berita bekas murid mati excdent ptg smlm. arwah tgh tunggu result spm. tersedar dari lamunan yg mati tidak mengenal usia.

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam. kita hanya hamba T_T

    BalasPadam
  4. Begitulah kehidupan kita..hambaNya

    BalasPadam
  5. perbezaan dalam kalangan manusia adalah amalnya bukan darjatnya.

    BalasPadam
  6. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama