Gembira Atau Sebenarnya Membebankan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

GEMBIRA ATAU SEBENARNYA MEMBEBANKAN | Satu masa dahulu bila pakai baju warna dan corak yang sama itulah boria katanya.Ada yang suka..ada yang terus menolak.Kemudia bertukar menjadi sedondon.Dah tak sebut boria lagi..ke PC je yang tukar sebutan daripada boria kepada sedondon.

Lazimnya bila ada persatuan.Ibu-ibu yang aktif kendarat di majlis-majlis perkahwinan..para pengiring mempelai..ya itulah yang sering jelas terlihat sedondonnya.Biar setara.Biar semua sama nada warnanya.Semakin lama..eh merebak pula kepada ahli keluarga.Baik ketika mengadakan apa-apa majlis..sewaktu hari raya termasuklah hari keluarga juga.Baguslah.Alhamdulillah.

Gembira atau sebenarnya membebankan.Jawapan mudahnya adalah,gembira bagi yang klik pada jiwa dan poketnya maka tidak timbul langsung masalah baginya untuk menurut..membebankan pada yang tidak berkenan dengan cara tersebut dan ada masanya perlu mengeluarkan modal sendiri demi mengikut idea atau citarasa orang lain.Masalah akan timbul bila melibatkan ahli keluarga yang besar atau ramai sedangkan semuanya perlu modal sendiri kecuali ada pemberian khusus..ala-ala sponsor gitulah.Andaikan jika setahun ada empat hingga lima majlis yang ada kod warnanya atau mesti mengikut tema..agak-agak terkejar tak poket.Huhuhuhu.

Ada baik.Ada kelemahannya.Setiap apa keinginan daripada manusia itu ada baik dan kelemahannya.Untuk melakukan sesuatu perlu lihat banyak sisi atau sudut.Boleh jadi ianya suatu yang boleh buat kita rasa gembira dan bahagia namun belum tentu untuk orang lain merasai perasaan yang sama.Setiap orang ada permasalahan masing-masing.Ini cuma contoh kecil dan mudah..ada banyak lagi hal yang lebih besar dan berat perlu kita lihat juga.

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling

10 comments:

  1. kak pc kupas dengan baik sekali. Allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Umi..barangkali ini yang sering dihadapi oleh kita dalm masyarakat.Isu terpencil namun parah.

      Delete
  2. ASALKAN BAHAGIA ALHAMDULILLAH TENANG JIWA

    ReplyDelete
  3. nak gembira perlulah ada pengorbanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Pakcik..yang penting tahu mana keperluan dan mana kehendak kan Pakcik WP.

      Delete
  4. betul juga.. gembira kalau suka beban kalo tak mampu atau menyusahkan.. tapi terpaksa juga ikut. huurm.. rasanya boria dan sedondon dedua masih digunakan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai ke tahan diluah mati emak ditelan mati bapak..

      Delete
  5. Betul tu memang ada ahli keluarga yang suka semua nak sedondon.
    Tapi bagi Mrs. A janganlah memaksa sebab bukan semua mampu.
    Kalau pihak yang beria nak suruh sedondon tu sponsorlah apa yang patut kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Sebab kewangan setiap keluarga berbeza-beza.Mampunya orang tak sama.Jangan nilai pada luaran sahaja kerana tidak semua orang suka warwarkan masalah dalaman.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.