Semangat!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMANGAT!! | Masih terasa bahang tahun baru Masihi.Belum pun melepasi seminggu berada di tahun 2020 ini.Masih baru,masih merah dan basah kalau luka tu.Hehehe.Kalau memandu kenderaan seperti baru masuk gear pertama dan kedualah.

Meneruskan kelangsungan hidup sangat memerlukan semangat.Sesiapa pun,apa pun yang telah,sedang dan mahu dilakukan..SEMANGAT!!.Sangat penting ada semangat dalam diri walau kadang tu semangat macam telur dihujung tanjuk..bukan telur ostrich tapi telur burung puyuh..aduhai.Halus je.

Berapa ramai yang bangkit dan teruskan berjalan kemudian berlari dengan adanya semangat.Dan berapa ramai yang tewas kerana ketandusan semangat.Semagat tidak boleh bangkit sendiri tanpa dirangsang.Rangsanglah dengan cita-cita dan impian.Walau mula-mula cuma sekadar angan-angan.Tak apalah,tak salah pun.

Semangat!!.Apa pun keadaannya teruskan pupuk semangat dalam diri sebaik-baiknya.Cari sumber semangat yang menjadikan diri lebih dan terus positif.Agak mustahil untuk kita terus bersemangat kerana ada ketikanya kita berasa jatuh juga..namun,sebolehnya cuba minimumkan saat kita jatuh kemudian maksimumkan detik-detik kita bersemangat.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. Saya pernah rasa jatuh terduduk sampai hilang semangat. Alhamdulillah sekarang slow slow bangkit balik. Semoga PC bersemangat tahun 2020 ni

    ReplyDelete
  2. Kadang2 semangat kuat
    tetapi kudrat dah tak larat

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.