Pendekatan SEDEKAH Masing-masing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PENDEKATAN SEDEKAH MASING-MASING |Sedekah memang mudah sangat disebut.Hati mudah terpengaruh dan teruai rasa bila melihat,mendengar,mengetahui orang lain bersedekah namun begitu kadangkala untuk lpraktikkan daripada diri sendiri berat dan liat.

Telah banyak dikhabarkan hikmah dan nikmatnya sedekah.Ramai yang bertambah senang dan dilapangkan kehidupannya dengan asbab rajin bersedekah.Banyak yang sanggup mengeluarkan atau melaburkan hartanya demi mahu bersedekah lantaran tahu manisnya kelak.Alhamdulillah moga setiap pintu rezeki sentiasa bertambah dan meluas bagi insan-insan yang cinta akan tabiat sedekah kerana Allah SWT ini.

******

SEDEKAH adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah.Pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.Pembuktian sebagai seseorang yang beriman iaitu menginfakkan harta di jalan Allah.RUJUKAN

******

''Aku tak pernah nampak kau sedekah..janganlah kedekut.Rugi berkira ni..''
''Harta tak bawa matilah..sedekahlah..''
''Bila kau nak sedekah..orang lain dah sedekah..''

Pendekatan sedekah masing-masing.Berilah dengan tangan kanan dimulai dengan niat yang paling lurus dan jernih.Sembunyikan walau daripada tangan kiri sekalipun daripada mengetahuinya.Pemberi,penerima,malaikat dan Allah swt..cukup yang tahu sama ada besar atau kecil nilainya,banyak atau sedikit jumlah serta ukurannya.

Jangan cepat menilai orang tidak melakukan kebaikkan kerana tidak semua orang suka memperlihatkan setiap hal baik yang dia lakukan termasuklah bersedekah.Sesuatu perkara kebaikkan mungkin sahaja pada awalnya dipertontonkan demi untuk mencontohkan namun terkadang istilah selamat "motivasi'' yang sering digunakan boleh meleset menjadi riak.Riak tidak sahaja dengan perbuatan..melalui percakapan pun boleh menjurus ke arah itu.Maka berhati-hatilah.

Cara yang bagaimana diambil atau digunakan oleh seseorang itu mahu bersedekah..itu hak dan pilihan masing-masing.Cara setiap orang melakukan kebaikkan tidak sama.Mungkin berasakan cara kita sudah cukup baik..tetapi tidak mustahil pendekatan orang lain dalam memberi sedekah itu lebih baik lagi berbanding kita.

Bersedekahlah untuk mencari dan mendapat rahmat Allah swt bukan mengundang laknat atau murka Allah swt.


related image
Pendekatan SEDEKAH Masing-masing  | Google Image

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

15 comments:

  1. good sharing. jom sama-sama kita mencari redha Allah

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. jom sama-sama rebut redha Allah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebut sungguh-sungguh kan..untuk bekalan di sana nanti.

      Delete
  3. Alhmdllh..apa yg disedekah akan dapat balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.Tak di duani di akhirat dapat semula.

      Delete
  4. nice sharing.

    saya selalunya diperli dgn kata2. Kita ni kalau tak nak sakit rajin2 lah bersedekah.
    sedih gak. tapi saya rasa tak perlu kot saya bagi tau kalau saya bersedekah. sakit dah mmg allah bagi. nak buat cam ne kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Kerana sedekah itu sebaiknya dalam diam tak perlu pun diwarwarkan..risau riak jadinyakan.Abaikan apa kata-kata orang.

      Delete
  5. Sedekah ni macam magnet.. lagi banyak kita buat lagi bersih hati kita, lagi kita nak buat lagi dan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Beri kerana Allah sekadar yang paling mampu.

      Delete
  6. Sedekah ini biarlah empunya badan aje tahu...yang seeloknya beri paling bernilai kan..

    ReplyDelete
  7. Nak seribu daya.. Tak semestinya harta berkepuk baru boleh sedekah.. Ada peluang lakukan.. Lama-lama jadi kebiasaan..

    ReplyDelete
  8. Mufti kata utamakan sedekah kepada kalangan keluarga jika ada yang memerlukan. lepastu baru lah saudara mara, kawan2, dan orang lain yang memerlukan :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.