Ketenangan Mampu Mengawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KETENANGAN MAMPU MENGAWAL | Berada dalam keadaan tenang.Diri sendiri pun tenang.Menjadi salah satu perkara penting bagi seorang blogger..*pendapat peribadi PC*.Ketenangan ni tak boleh dibuat-buat.Tak boleh pura-pura tenang kerana bila dipaksa atau dikaburi lagi gelabah jadinya.Biar semulajadi dan berterusan.

Ketenangan mampu mengawal walau tidak seratus peratus namun ianya membantu.Seorang blogger ke,vlogger ke,penulis ke..apa sahaja jenis pekerjaan pun perlukan ketenangan.Tapi yang PC nak sentuh adalah perlunya ketenangan kepada seorang blogger.

Sama ada dalam keadaan galau(sedih),rungsing atau apa sahaja di bawah situasi yang lebih kepada tidak selesa,ianya mempengaruhi apa yang mahu kita hasilkan dan apa yang ingin disampaikan.Tidak mustahil apa yang tidak sepatutnya dikongsi,akan dibawa-bawa atau terbawa-bawa juga dalam perkongsian kita.

Bahaya adalah bila situasi yang tidak stabil itu menghanyutkan apa yang tidak sepatutnya.Biarpun blog kita itu lebih kepada berbentuk diari tetap sahaja ada yang perlu sentiasa dijaga dan dikawal pada setiap apa yang mahu dicoretkan untuk bacaan umum.

Perkara sukar menjadi mudah,hal yang memerlukan jangka masa panjang untuk menguruskannya boleh jadi sesingkat waktu bila mana diurus dalam keadaan ketenangan yang maksimum.Kesilapan jgua boleh dikurangkan inshaAllah.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. Semoga kita semua sentiasa diberi ketenangan dan inspirasi yg membuka lagi nikmat kesyukuran kita terhadap anugerah Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. ketenangan itu mahal.. duit tak boleh beli

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.