Dugaan Sentiasa Ada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DUGAAN SENTIASA ADA | Macam lalu di satu jalan. Fokus. Berhati-hati. Santai. Apa dalam fikiran selamat sampai ke destinasi.Apa yang bakal, sedang dan akan berlaku serta dilihat sepanjang perjalanan kadang tidak menjengah difikirkan pun.Begitulah perumpamaannya menjalani kehidupan. Setiap hari berusaha memenuhi pelbagai perancangan mengikut jadual yang telah diatur. 

Dugaan sentiasa ada.Tiada siapa mahu hidupnya diduga. Namun melalui dugaan itulah Allah SWT dapat melihat kesabaran hamba-NYA. Keimanan hamba-NYA dan sedalam mana kecintaan hamba-NYA terhadap-NYA.

Ibu bapa dan anak-anak ada dugaannya tersendiri. Suami isteri ada dugaannya bila sudah ijan qabul. Adik-beradik dan saudara mara pun ada dugaan yang harus mereka tempuhi juga. Siapa pun kita.. Dan PC juga ada dugaan masing-masing. 

Kemanisan sentiasa beriringan bila kepahitan bermula. Kelapangan beriringan bila kesempitan datang.Allah sediakan kecukupan untuk hamba-NYA dan sekalian makhluk. InshaAllah. Aamiin. 

Tatkala Allah SWT beri dugaan.. Sebut seberapa banyak nikmat yang telah Dan sedang dikecapi. Supaya hati dan fikiran menjadi lapang.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

5 comments:

  1. Redha Allah SWT jua yg Kita carikan PC..
    Dugaan itu meningkatkan keimanan Kita..

    ReplyDelete
  2. ya...dan yang penting dalam setiap kesempitan, insya'Allah ada kemudahan...

    ReplyDelete
  3. semoga urusan kita semua dipermudahkan. selagi hidup selagi tu la ada ujian.

    ReplyDelete
  4. disebalik dugaan ade kemanisan dan hikmah Allah beri

    ReplyDelete
  5. Dugaan itu ada selalunya pahit tetapi ada juga yang manis

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.