Banyak Isyarat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BANYAK ISYARAT | Sedar atau tidak sangat banyak isyarat atau peringatan yang telah Allah swt beri kepada kita.Baik secara terus atau mungkin melalui perantara yang hampir dengan kita.

Ambil kisah atau tidak kisah itu pilihan.Ibarat ada yang sudi menasihati atau menegur.Adakal kita ambil mudah.Ada ketika kita ambil pusing kemusian bertindak mengikut mampu dan perlunya.Begitu juga dengan banyak isyarat yang Allah swt telah berikan..ada yang ambil serius ada yang pandang sepi hingga ke sudah.

Percayalah,isyarat itu kerana Allah swt sayang.Contoh mudah dan kecil..bila Allah uji dengan kesakitan..itu juga isyarat.Berbalik cara dan bagaimana diri seseorang itu menganalisa.Moga setiap detik kesempatan yang diberi betul-betul dimanfaatkan.

Jangan dipandang sepi setiap isyarat yang Allah beri kerana boleh jadi itu salah satu daripada banyaknya petunjuk dan bantuan daripadaNYA.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..