Walau Sekadar Harta Dunia Tapi..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

WALAU SEKADAR HARTA DUNIA TAPI .. |Dunia sementara.Seperti hamparan yang luas.Ada pelbagai rintangan.Ada banyak halangan yang entah kita sendiri tidak mampu menjangkakannya.Bukan tempat untuk bersenang lenag sepenuh hati.Bukan syurga pun untuk kita secara hakikat.Bukan!.Tempat ujian yang nanti keputusannya di mahsyar.

Walau sekadar harta dunia tapi tetap sahaja perlu dijaga dan dilunas pada setiap apa yang dipertanggungjawabkan semuanya.Mahu tidak mahu.Bersedia atau separuh bersedia.

Ibu ayah jagalah anak-anak sebaiknya.Bukan sekadar jaga makan pakai dan sedia tempat tidurnya yang indah-indah tapi lebih daripada itu juga sebenarnya.Kerana nanti anak-anak yang bakal ditinggalkan atau anak-anak yang barangkali terlebih dulu meninggalkan menjadi saham dan saksi.

Anak-anak..selagi ibu ayah hidup..walau sudah tiada sekali pun teruskan berbakti sehabis baik..sehabis mampu dan jangan malu untuk sentiasa mohon maaf daripada mereka kerana PC sendiri dan kita semua tidak pernah tahu berapa banyaknya luka dan parut yang telah PC sendiri telah tatakan dihati mereka..babah dan mama PC.Rasa kasih yang dalam ibu ayah kita menampal setiap luka yang diberi anaknya.Rasa sayang yang sangat dalam ibu ayah pada anaknya buat hati mereka kebas untuk menampakkan rasa.Hati-hati wahai anak-anak.

Apa sahaja harta benda yang dikumpul..yang dimiliki termasuklah haiwan peliharaan..tumbuhan dan tanaman walau cuma sepasu kaktus yang comel..itu semua harta dunia..ya harta dunia yang sementara tapi mesti diurus dengan sebaik mungkin kerana barangkali nanti di sana ianya tidak mustahil menjadi sebab lancar atau terkandaskannya kita ketika didetik perhitungan.

Sesak dada bila berbicara soal ini.Walau sekadar harta dunia tapi ada rantaiannya dihari kemudian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Apa yang di anugerah kab semuanya amanah. salam kenal dari saya. done follow sini harap sudi singgah di blog kita juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anugerah dalamnya terkandung hikmah dan ujian. Terima kasih sudi follow PC.

      Padam
  2. Betul tuh.. Setiap kurniaan Allah di dunia pada kuta itu semua amanah yang harus kita pelihara dan jaga sebaiknya.

    BalasPadam
  3. Amanah yang sangat berat dan boleh mengheret kita sama ada ke Syurga ataupun Neraka..

    BalasPadam
  4. harta dunia juga adalah ujian untuk kita...keputusannya nanti akan nampak di akhirat sana...

    BalasPadam
  5. Harta dunia adalah amanah dan juga ujian yg membawa nilai tambah baik atau buruk di akhirat kelak.. Allahuakbar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama