Tidak Balas Komen..Sombongkah?

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

TIDAK BALAS KOMEN..SOMBONGKAH? | Berblog ada satu nikmat yang tersendiri.Lain blogger lain mentafsir rasa nikmat yang dirasai.Masing-masing ada pendapat atau pandangan masing-masing..kerana masing-masing ada cara tersendiri dalam berkarya dan menyampaikan idea juga rasa unutk dikongsi mengikut kesesuaian.Setiap apa yang disampaikan itu ada nilainya walau mungkin kecil sahaja..atau sikit cuma.Selagi ianya satu kebaikkan..ianya tetap memberi kesan baik pada blogger tersebut dan sahabat-sahabat yang membacanya.

Kesudian sahabat blogger baik yang sesekali bertandang atau sememangnya menjadi sahabat pengikut yang setia kedua-duanya adalah satu rezeki dan memberi makna besar bagi setiap blogger yang sentiasa aktif berkongsi konten diblog.Sekadar "blogwalking"..atau sudi meninggalkan "komen" pada setiap konten yang dikongsi..ianya tetap memberi impak.Impak pada semangat dan impak pada "pageview" blog tersebut.Alhamdulillah.Terima kasih.

Melihat dan membaca komen yang ditinggalkan itu menimbulkan satu rasa yang susah nak diterangkan.Mungkin biasa sahaja bagi orang lain tapi tidak bagi PC.Sungguh.Percayalah setiap komen yang ditinggalkan itu menjadi motivasi dan pembakar semangat untuk PC sebenarnya..kerana sudi meluangkan masa dan sudi juga berkongsi pendapat.Buat PC tersenyum dan terharu..kerana satu masa dulu PC pernah terfikir dan terdetik dalam hati.."aku nak ada blog..aku nak tulis apa..ada ke orang nak baca blog aku"..satu hal yang PC belajar..betul-betul tawakkal dan bersangka baik dengan Allah SWT..kerana yang menjaga hati manusia setiap detik itu adalah DIA.

Tidak balas komen..sombongkah?.Satu tick..dua tick..blue tick.Itu masih belum membuat tersenyum hinggalah ada terlihat typing......itu kisah whatsapp.Di blog..komen..balas..padam.Terkadang mungkin ada yang suka setiap komen yang ditinggalkan itu dibalas.Ada yang tidak kisah.Lain orang lain pendapatkan.Peribadi bagi PC sendiri..selagi PC mampu..PC cuba usahakan untuk membalas setiap satu komen yang ditinggalkan oleh sahabat blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen..kecuali kalau PC tidak sihat..sedang berada di kampung atau bercuti ke mana-mana..ada urusan serta masalah yang tidak dapat dielakkan..ya,PC agak berasa berhalangan unutk membalas setiap komen yang ditinggalkan..tetapi membaca setiap satu komen yang ditinggalkan itu satu yang mesti PC lakukan..kalau tidak terus ke konten..ianya tetap masuk ke email kan.

Auto publish itu meringkan blogger untuk mengurus perkongsian setiap konten yang mahu dikongsikan..namun satu perkara yang kadang ianya membuat PC rasa ralat dengan diri sendiri adalah untuk membalas komen yang ditinggalkan.Allahu.Maafkan PC ya sahabat-sahabat.

Setiap kebaikkan..walau hanya baru sekadar berniat..sudah Allah SWT beri ganjaran kebaikkan..apatah lagi kita lakukannya..lebih berganda ganjarannya.Sedangkan keburukkan...setelah kita lakukan barulah dicatat keburukkan itu.Moga setiap kebaikkan sahabat-sahabat blogger dan PC sentiasa diangkat dan diterima Allah SWT.Aamiin.

related image
Tidak Balas Komen..Sombongkah? | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada masa membalas komen ni ikut masa juga PC, Sis pun kadang kalau memang free blogwalking, mana yangs empat nampak kat reading list..ada tu kadang dpt balas komen tapi tak sempat blogwalking plak...itu laaa ikut masa masing-masing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Sis..sebab setiap kita ada komitmen masing-masingkan..ada hal yang perlu didahulukan dan perlu diutamakan..

      Padam
  2. Saya kadang tak balas komen dekat blog sendiri.. Cara balas terjah blog blogger tu. Kadang sempat baca tak sempat komen sebab kekangan masa. Tapi bila ada masa memang pulun habis habisan komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Kadang PC pun begitu juga sebenarnya.Ikut situasi dan mampunya.

      Padam
  3. Saya suka balas komen sebab mama kata itu salah satu cara berkomunikasi dengan pembaca blog kita.. Lepas tu saya akan singgah ke blog mereka. Itu cara yang mama ajar saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.Betul sangat-sangat tu Redza.Acik PC cuba sebolehnya untuk balas semua komen.Namun terkadang ada kekangan juga.

      Padam
  4. Ada masa balas juga komen2 penbaca.
    kadang2 tak sempat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lumrah begitu kan Pakcik.Namun baca tetap baca setiap komen yang sudi ditinggalkan.

      Padam
  5. Selalu cuba balas komen yang ditinggalkan.. Macam PC.. kadang sempat.. kadang tak sempat.. Kadang balas dengan cara tinggalkan komen dan mengunjungi blog orang yang komen tu balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah.Sebab PC sendiri usahakan balas semua..tapi kadang tak berdaya nak blas satu persatu.Tapi baca tetap baca komen yang sudi ditinggalkan.

      Padam
  6. ammi pun tak dapat nak balas semua komen...mana yg larat je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Semangat besar nak balas semua sebolehnya.Namun perancangan Allah lain.

      Padam
  7. Kak Sue pun tak dapat nak balas komen semua, tapi memang hargai sangat mereka yang datang singgah blog Kak Sue..

    BalasPadam
  8. Saya cari masa yg sesuai sbb akan skrol2 dlu tp tu yg jd trlupa hehe...

    BalasPadam
  9. ikut masa masing2 kannn...kadang2 tak sempat juga nak reply komen2...kalo komen lebih 10 per entry, lepas tu ditimbun pulak entri2nya, jenuh juga nak reply...hahahha

    BalasPadam
  10. Memberi komen merapatkan ukhwah disamping menyuburkan lagi ilmu yg dikongsi. Terima kasih PC atas perkongsian dan ukhwah, in shaa Allah akan terus komen selagi diizinkanNya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama