KeDAMAIan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KEDAMAIAN

Kedamaian itu nikmat daripada Ilahi.Rezeki,kerana tidak semua orang merasai atau mengecapi nikmat kedamaian.Kedamaian dari dalam diri.Kedamaian di mana sahaja diri berada.Ya,tidak mampu ditukar ganti.Tidak boleh dijual beli.Kalau mengeluarkan sebesar mana pun modal untuk memiliki kedamaian..sebenarnya yang dibayar atau yang dibeli itu adalah kuantitinya sedangkan rasa kedamaian itu hanya ada dan letaknya dalam hati(jiwa) yang merasai sahaja.

Duduk di pondok kecil kalau ada kedamaian..ya selesanya sukar digambarkan.

Setiap hari berada ditengah-tengah pertelagahan dan tekanan pihak lain..dari sudut mata kasar mana mungkin ada kedamaian di situ..namun tidak mustahil Allah swt sentiasa hantar rasa kedamaian dalam hati(jiwa) mereka semua atau sesiapa sahaja.

Setiap yang ada disekeliling kita pasti mempengaruhi rasa kedamaian yang ada..namun penyumbang sebenarnya adalah berbalik pada diri sendiri juga sebenarnya.

RELATED IMAGE
KeDAMAIan | Wallpaper by Google

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

6 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..