Banyak Pilihan Itu Bagus Tapi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BANYAK PILIHAN ITU BAGUS TAPI |Bila tidak diberi pilihan atau tidak diberi ruang untuk membuat pilihan pasti terdetik di dasar hati mengharapkan agar peluang membuat pilihan itu diberikan..''kan bagus kalau aku diberi pilihan..boleh buat pilihan..ada banyak pilihan''.

Banyak pilihan itu bagus tapi..tidak semua orang suka pada banyaknya pilihan kerana baginya lebih banyak pilihan bererti lebih menyukarkan membuat keputusan dan akan ada yang bakal dilepaskan walau pun mungkin sangat diperlukan..disukai dan sebainya.Nampak tak.Ragam atau mahunya setiap orang itu tidak sama.Ada juga beranggapan lebih banyak pilihan lebih tinggi juga tahap kekeliruan dan keraguan yang bakal terjadi dan dihadapi.

Pandang daripada sudut yang paling terbaik.Allah sentiasa menyediakan banyak pilihan untuk kita cuma rezeki setiap kita itu berbeza.Ada orang diberi banyak pilihan..sedangkan ada sesetengah kita langsung tidak diberi untuk membuat pilihan sebaliknya hanya dibolehkan menurut dan tidak boleh membantah.

Bila terdedah dengan banyak pilihan buatlah pilihan sebaik-baiknya.Bila langsung tidak diberi pilihan jalani dengan kesabaran yang paling tinggi.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

9 comments:

  1. pilihan disini terlalu umum. tapi dari sudut pilihan itu benar dalam hidup kita banyak pilihan yang kita jumpa.

    moga-moga kita semua dapat membuat pilihan yang tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Moga setiap kita boleh dan mampu membuat pilihan yang di dalamnya ada campurtangan Allah swt.

      Delete
  2. bila terlalu banyak pilihan tu yang buat sakit kepala tapi dengan gunakan kewarasan fikiran sebelum buat pilihan dan berdoa mohon petunjuk in shaa Allah dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Petunjuk Allah swt itu yang paling dan sangat-sangat penting dalam setiap apa yang mahu kita pilih.

      Delete
  3. Semoga kita bijak membuat pilihan. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin..aamiin..betul.Tidak silap langkah ketika membuat pilihan.

      Delete
  4. Pilihan sentiasa ada kan..pilihlah jalan yang benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Sentiasa berharap begitu Husniey..boleh membuat pilihan yang benar.

      Delete
  5. Kita diberi pilihan hak dan batil. Mudah2an kita semua sentiasa membuat pilihan yg sebaiknya.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..