Walau Setelah Tamat Peperiksaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

WALAU SETELAH TAMAT PEPERIKSAAN | Persediaan.Apa pun yang mahu kita lakukan mesti ada persediaan.Kalau tidak dapat lakukan persediaan semaksimumnya..minimum pun memadailah daripada tiada persediaan langsungkan.Bahaya tu.Meletakkan diri dalam risiko walaupun sentiasa perlu bertawakkal.

Yakin dengan Allah!.Betul.Tapi Allah suruh hambaNYA sentiasa berdoa.Berusaha kan..kan..kan.Melakukan persediaan itu adalah salah satu daripada bentuk usaha juga.

Selain musim hujan.Musim walimatulurus.Musim cuti sekolah.Hujung tahun juga sedia maklum merupakan musim peperiksaan diadakan..bermula UPSR kemudian PT3..seterusnya SPM dan penutupnya STPM pula kan.Guru-guru berdebar.Ibu bapa gementar.Calon atau pelajar apatah lagi bermacam emosi yang dirasai lebih-lebih lagi pada hari pertama masuk ke dewan peperiksaan.

Segala ilmu telah guru kongsikan.Semua usaha telah ibu ayah.Segenap tumpuan telah calon fokuskan,dan segala-galanya bakal dimuntahkan pada kertas jawapan nantinya.Moga semua dipermudahkan.

Ingat pesan para guru sedar PC sekolah rendah lagi.Lepas peperiksaan bukan masanya merdeka dan bergembira sakan.Jangan joli tak tentu pasal.Sebaliknya selepas peperiksaan itulah harus gandakan doa dan lebih menjaga serta berjaga-jaga.Jaga solat.Lebihkan puasa sunat.Jaga hubungan dengan Allah SWT.Jaga hubungan dengan ibu bapa dan guru lebih-lebih lagi.

Kerana;

Walau setelah tamat peperiksaan Allah SWT masih dan sentiasa melihat tingkah kita sampai bila-bila.Ada penilaiannya.Solat sunat hajat supaya hati pemeriksa yang menanda kertas jawapan kita itu suka dan lapang dada semak jawapan kita.Lembut hatinya untuk memberi markah terbaik.Doa sendiri.Doa ibu bapa.Doa guru besar peranannya.Pemeriksa juga manusia biasa.Hati dia pun Allah yang jaga.

Doa itu tiada tarikh luputnya hingga nyawa diambil semula. 

related image
Walau Setelah Tamat Peperiksaan | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

10 comments:

  1. Kakcik adalah ibu yang 'tenang' setiap kali keputusan peperiksaan anak-anak diumumkan. Kakcik tahu kemampuan mereka setakat mana, jadi pengharapan tidak diletak pada tempat yang tidak sepatutnya. Yang penting, pantau arah dan laluan yang bakal mereka tempuhi selepasnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Macam tu juga babah dan mama PC kakcik..Itu yang selalu buat PC sebagai anak rasa lebih tidak sedap hati..baba dengan mama cakap kan dah usaha..kan dah doa..tawakkal ajelah..

      Delete
  2. sentiasa terus berdoa..smoga ank2 trus berjaya..tp bila time ank2 exam mmg mak2 yg neves extra dr ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajarlah naluri ibu bapakan..kerana mahu yang terbaik untuk anak-anak..PC yakin kejayaan itu bukan kerana banyaknya A..tapi selagi anak sentiasa melakukan sesuatu yang diberkati Allah diiringi doa ibu ayah..walau di mana berada.

      Delete
  3. Benar...sentiasa ingat..masih jauh lagi perjalnan yang perlu di tempoh, kena banyak usaha dan perlu banyak belajar..jangan mendabik dada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sis.Selagi diizin Allah swt hidup..masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

      Delete
  4. Anak ke2 saya bakal menduduki SPM bermula 5 November ini. Moga dipermudahkan juga buat semua calon2 dlm apa jua peperiksaan, juga buat kita semua dlm setiap ujian kehidupan ini.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan urusan menjawab dan menyelesaikan masalah peperiksaan untuk anak TN KK..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..