Semakin Pantas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMAKIN PANTAS |Suka dan sentiasa mencari sesuatu yang cepat atau pantas itu manusia.Sedia ada kemudian dipacu atau didorong.. Apa yang cepat menjadi berganda pantasnya.

Semakin pantas.Ya!..serba serbi mahunya yang pantas. Cepat dan tepat mahunya. Baik dalam menjalani rutin harian atau apa sahaja urusan peribadi mahupun luar.. Semakin pantas semakin mendapat perhatian dan sentiasa tinggi permintaan. 

Jimat masa. Jimat tenaga.Betul sangat-sangat. Itulah zaman sekarang. Lihat sahaja sekeliling kita dalam rumah.. Ada mesin mencuci pakaian..peralatan memasak dan membuat kuih muih yang moden..Itu contoh kecil.. Termasuklah yang sentiasa berada ditangan kita.. pelbagai gadjet..antaranya smartphone dan sebagainya.  

Semakin pantas manusia melakukan kerja maka semakin meningkat kuantitinya.Namun jangan sampai khilaf di mana semakin pantas menyebar dan mencari sesuatu yang tidak baik. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

6 comments:

  1. MELAKUKAN KERJA DGN PANTAS MEYUKAKAN HATITAPI MASA JUGA PANTAS MEINGGALKAN KITA N PERLU PANTAS MENGISINYA DGN AMALAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul kak PI..selagi boleh usaha seiringkan..dunia..akhirat..aamiin.

      Delete
  2. Zaman sekarang semua mahukan kepantasan.. masa pun berlalu dgn pantas, tanpa kita sedari usia pun semakin meningkat pantas.. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  3. part menyebar yang tak baik tu memang kena beringat..

    ReplyDelete
  4. pantasnya teknologi bukan medium untuk kita sebarkan keburukan orang lain sehingga lupa kebaikan yang perlu di ceritakan sebagai tauladan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..