Rumahtangga Yang Dibina Itu TIDAK Salah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

RUMAHTANGGA YANG DIBINA ITU TIDAK SALAH | Sebelum lebih panjang PC menaip..perkongsian ini sekadar pendapat atau pandangan peribadi PC ya.Pendapat yang masih lagi bertatih perbaiki diri dalam membangun rumahtangga sakinah mawadah warahmah.Aamiin.Jom teruskan.Mampu.Bernikahlah walau cuma sederhana yang paling minimum.Kalau mampu mewah atau semaksimumnya pun itu terserah kerana rezeki orang tidak sama.Dan kalau nampak orang buat majlis paling ringkas boleh jadi juga bukan kerana mereka tidak mampu..kerana memang itu pilihan dan cara mereka.Mengapa tidakkan.Lebih baik terus mendoakan yang baik-baik.Bersangka yang baik-baik juga.

"Lepas kahwin dia berubahlah".."Jauh beza sangat".."Dulu tak macam tu pun masa masih bujang"..

Status berubah maka wajarkah watak itu berubah juga.Tergantung kepada keperluan dan kemahuan juga sebenarnya mengikut selayaknya dengan tanggungjawab yang digalas.Setelah menjadi suami atau setelah menjadi isteri mahu tidak mahu akan ada perkara yang perlu diubah walau berat hati mahu berubah atau mengubahnya kerana sekarang bukan lagi sepihak tetapi sudah bertambah menjadi dua pihak.Dua kubu besar keluarga.

Seandainya ada perubahan itu bukan satu yang pelik sekiranya perubahan itu lebih ke arah yang baik atau untuk kebaikkan bersama.Tetapi hairanlah kalau sepatutnya perlu berubah menjadi lebih baik..kemudian sebaliknya yang terjadi.Ada sesuatu yang mesti diperbetulkan di situ.


related image
Rumahtangga Yang Dibina Itu TIDAK Salah

Sering singgah dipendengaran PC.."Berubah lepas kahwin"..Hakikatnya rumahtangga yang dibina itu tidak salah.Ada juga yang bila suami berubah isteri yang dipersalahkan..bila isteri berubah suami yang dipersalahkan..kalau berubah yang baik sokonglah.Dan kalau berubah menjadi tidak seperti diharapkan oleh ibu ayah,adik beradik dan keluarga sekalipun..sebenarnya bukan salah rumahtangga yang dibina tetapi berbalik pada diri sendiri dulu juga.

Suami itu individu.Isteri juga individu.Dua individu membina rumahtangga.Masing-masing ada watak masing-masing dalam mencari serta mengadu kesesuaian dan setelah berumahtangga ada peranan masing-masing juga.Peranan masing-masing BUKAN IKUT kepala masing-masing.Cuba lunaskan peranan itu sebaiknya bukan menegakkan hak masing-masing sahaja.Hak kombinasikan dengan tolak ansur inshaAllah harmoni hasilnya.Aamiin.


*****

"Sempurna sebahagian iman seseorang yang benar-benar mampu itu bila dia mendirikan rumahtangga(bernikah)..kerana pernikahan itu sunnah dan ibadah".*betulkan kalau penyataan PC ini salah ya sahabat-sahabat.

*****
Kalau boleh jangan cemarkan istilah "rumahtangga" itu dengan pendapat atau kesimpulan yang menakutkan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


12 comments:

  1. salam jumaat PC. perkahwinan tu bukan mudah sbb banyak dugaan dan ujian. tp kalau nikah kerana Allah insyaAllah semua ujian akan mudah ditempuh dan sama2 sentiasa terbuka utk berubah jadi lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.Perkahwinan bukan satu ikatan dan perjanjian yang mudah dan tidak ringan pun sebenarnya..kerana ianya ibarat madrasah yang boleh menimba banyak ilmu dan mesti sentiasa SABAR.

      Delete
  2. seharusnya selepas akad nikah maka kedua2 suami n isteri perlu berubah ke arah yg lebih baik. kalau dulu pernah tinggal solat, bila dah kahwin tu kena la pastikan solat tu cukup 5x sehari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadikan keperibadian lebih baik kan Cikgu..sebab status dah berubah..boleh dikatakan banyak perubahan berlaku dan hal yang kurang elok ubah jadi lebih elok..aamiin.

      Delete
  3. SALAM JUMAAT PC BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN N PASTI BHGIA BERUMAH TANGGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Betul tu kak PI.Dalam rumah tangga baik pasangan atau ahli keluarga kedua-dua pihak kena sentiasa membesarkan sisi baik yang ada walaupun mungkin kebaikkan itu kecil sahaja.

      Delete
  4. PC, bila SA dh berumur ni kan..dah 41 tahun terus terfikir, kalau mak abah SA dah takde suatu hari nanti ( bukan SA doakan ye) apa akan jadi dengan nasib SA dan anak SA, terus SA rasa nak cari suami..tapi takkan perigi cari timba kan..nak bergantung pada adik2 semua dah berkeluarga, takut SA ni jadi beban nanti..sampai sekarang SA dok fikir..tapi tu la..takde calon lekat pun lagi..hahahaha...Yang pasti SA nak cari bahagia dalam berumahtangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa istikharah SA..minta anak SA doakan juga dan minta anak SA buat istikhrah juga.Kerana kalau boleh biar terima SA dan anak SA apa seadanya dengan hati yang paling tulus..untuk terima kelebihan itu mudah tapi nak dapat yang teri apa seadanya itu susah..inshaAllah..PC percaya..ada jodoh terbai daripada Allah SWT untuk SA.

      Delete
  5. Semua pasangan mengharapkan bahagia dan berkekalan rumah tangga yang dibina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pakcik WP.setuju kerana itulah matlamat perkahwinan.Mahu sentiasa bahagia dan bersama-sama hingga ke syurgaNYA.aamiin.

      Delete
  6. Menulis berkahwin memang mudah, tapi buka berkahwin itu sehari dua, banyak benda nak di fikirkan dan di lalui, kena bersedia dalam segala hal...tapi jodoh ajal maut semuanya di tangan Allah...yang mengetahuinyaa hanya Dia...kita hanya kemudikannya aje dengan cara yang betul..

    ReplyDelete
  7. berkahwin tu bukan macam main-main kawen masa kecik dulu...tapi berkahwin tu kita hidup dalam dunia baru dengan orang asing yang sifatnya hanya akan kita nampak setelah hidup bersama...terima atau tak segala kekurangan dan kelebihannya, terletak pada diri kita sendiri...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..