Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI |Allah SWT pemberi rezeki.Manusia dan setiap makhluk perlu usahakan dengan cara masing-masing.Asal baik,halal dan suci itu sudah yang terbaiklah.Niat kerana Allah moga rezeki yang mendekat menjadi darah daging yang tidak mahu dijilat api neraka-NYA.Aamiin.

Anak ramai itu rezeki.Anak sedikit juga rezeki.Belum ada anak ada rezeki lain.Rumah besar itu rezeki,rumah kecil atau sederhana juga rezeki.Sihat itu rezeki,sakit itu juga rezeki mengurangi sedikit dosa-dosa kecil.Dapat merenung lautan dan awan yang biru itu juga rezeki.Sebenarnya rezeki bukan wang ringgit sahaja.Bukan harta benda sahaja.Setiap apa yang kita perolehi itu adalah rezeki daripada-NYA.Cuma mungkin sudah terbiasa asal sebut rezeki yang menjadi fokus lebih terarah ke kebendaan.Tidak mengapalah.

Rezeki..Sebenarnya Allah SWT beri dan sediakan kecukupannya,sentiasa.Menyentuh bab pendapatan ,kemahuan dan kehendak.

related image
R E Z E K I

Kurang.Ya,ada yang berasa kurang bila mana banyak keinginan yang perlu dipenuhi dalam masa yang sama sedangkan apa yang dimiliki terhad.Justeru cuba bawa ke hadapan untuk dipenuhi atau diusahakan supaya satu persatu itu dikumpul menjadi lengkap.Rasa kurang itu sebenarnya lebih tebal dan tinggi dalam hati bila sering melihat orang lain yang barangkali lebih pada pandangan kasar kita.Cuba tengok bawah..penatkan kalau asyik tengok atas.Cubalah.

Cukup-cukup je.Tak lebih tak kurang.Cantik je.Ada yang sentiasa bersedia dengan kira-kira setiap masa.Ada yang tawakkal tak tentu masa dan ikut suka.Cukup-cukup je itu pun nikmat dan rezeki juga.Terpenuhi semua..dalam masa yang sama tidak menyusahkan atau membebankan sesiapa.Alhamdulillah sangat dah tu.

Berlebihan.Ditengah-tengah berlebihan ini biasanya dugaan atau ujian.Berlebihan boleh jadi nikmat yang berterusan.Boleh juga jadi azab yang berpanjangan.Justeru itu mesti lebih berhati-hati.Lebih besar periuk lebiih lebar dan tebal keraknya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


15 comments:

  1. Hakikatnya, setiap manusia sudah Allah tentukan rezekinya. Yang pasti kita kena berusaha dan berserah padaNya. Sentiasa bersyukur dan tahu menghargai nikmat yang Allah berikan.

    Nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Cuma perlu diusahakan sebaik-baiknya.Usaha lebih inshaAllah Allah beri lebih dari apa yang dijangkakan.

      Delete
  2. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki tanpa menyusahkan sesiapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Syukur inshaAllah bertambah nikmatnya nanti.

      Delete
  3. Hai PC.. lama Kak Sue tak singgah sini. Setiap kita semua dah ditetapkan rezeki masing-masing kan.. yang penting kena selalu bersyukur seadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Sue.Betul kak Sue..usaha dan syukur.nanti Allah beri.

      Delete
  4. REZEKI MASING2 KITA BERBEZA N MENCUKUPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak PI.Betul sangat.Lain orang lain rezekinya..dan kecukupan itu juga atas izinNYA.

      Delete
  5. semoga kita sentiasa bersyukur =)

    ReplyDelete
  6. belajar lah untuk merasa cukup dengan segala kurniaanNya...insya'Allah hati akan bahagia...

    ReplyDelete
  7. Semoga sentiasa dimurahkan buat PC, juga kita semua dgn sepenuh keberkatan Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. Banyak sebenarnya yang boleh kita lihat pada diri yang menjadi rezeki namun ramai yang menganggap rezeki tu berbentuk wang ringgit.. Semoga kita sentiasa bersyukur..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..