Perbesarkan Sisi Yang Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERBESARKAN SISI YANG BAIK | Mencari kesalahan itu mudah.Bererti mencari sisi yang baik juga mudah.Mahu atau tidak mahu sahaja dan beratnya hati ke arah yang mana sebenarnya.

Kompaskan hati.Mata umpama radar.Mencari dan memantau apa yang ada disekeliling kita.Melihat apa adanya.Seadanya.Terserap pada hati dan akal.Di situlah pemutusnya.Disitulah bermulanya.Tafsiran dan kesimpulan yang mahu dan tidak mahu dilakukan atau diberi.

Perbesarkan sisi yang baik.Ada orang sangat suka akan perkara yang baik-baik.Ada orang sebaliknya..lebih senang pada perkara yang kurang baik.Ada orang walau pun kecil sahaja kebaikkan itu..tetap diperbesarkan.Tidak kurang yang membenci pada perkara yang baik.

Mahu rasa tenang..mahu rasa bahagia..perbesarkan sisi yang baik.Tidak kiralah pada siapa pun.Cari sisi baik padanya sentiasa.Itu salah satu untuk tolong diri kita sendiri dan boleh juga menolong orang lain dengan menutup aibnya.InshaAllah.

Seandainya ada niat mengekalkan silaturahim..perbesarkan sisi yang baik bermula daripada dasar hati yang paling dalam.Sungguh-sungguh kerana Allah.Tetapi hati-hati jangan sampai ada orang ambil kesempatan dan menjadikan kita mangsa ya.Dalam berbuat baik pun..bersangka baik pun..perlu juga waspada sentiasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

8 comments:

  1. Betul tu PC.. buat baik berpada-pada kan..

    ReplyDelete
  2. InSyaAllah fikir yang baik-baik, minta yang baik-baik akan dapat yang baik-baik juga.

    ReplyDelete
  3. Banyak manfaatnya bila sisi baik diserlahkan dan digunakan dalam kehidupan harian namun adakalanya sisi baik tu perlu disembunyikan supaya tak ditindas.. Ada yang suka mengambil kesempatan tanpa mahu bertolak ansur..

    ReplyDelete
  4. kdg2 kesalahan kita yg kecik tu la yg diperbesarkan...amat sedih jika ini berlaku..

    ReplyDelete
  5. Bagus bila rapatkan silaturahim, setuju benar part hati hati jangan sampai ada ambil kesempatan.. Memang selalu terkena, ada kepentingan baru orang cari kita. Sabar ajelah kan akak :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. perkara yg baik2 kita lakukan, pasti perkara yg baik2 juga akan dtg kpd kita walupun ada ujian dan rintangan, in shaa Allah, semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..