Oktober 2019

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

OKTOBER 2019 | Selalu dengar orang cakap..cepatnya masa berlalu.PC sendiri pun selalu cakap dan berasakan cepatnya masa yang berlalu.SubhanaAllah.Tengok jam kejap dah jam 2 petang.Bila tidur malam rasa tidur macam baru sekejap je..alarm bunyi.Allahuakbar.Waktu tidak akan menunggu.PC sendiri tidak mampu mengejar dan mengulang waktu.Sebolehnya urus waktu dan isi waktu sebaiknyalah.Itu pun yang boleh dilakukan walau kadang tu ada juga membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.Menyesal?..Ya!.Cuba ubah dan berubah.Bismillah.

Hujan yang kian kerap turun alhamdulillah mengusir jerebu perlahan-lahan dan sedikit  demi sedikit.Mahu menghindar jerebu Allah hadiahkan ribut dan petir..begitulah juga dalam kehidupan..Allah nak beri pelangi..hujan panas dahulu Allah beri.Moga PC dan kita semua sentiasa diberi kekuatan hati dan iman untuk sabar.

related image
Oktober 2019

Berbaki tiga  bulan sahaja lagi berada di tahun 2019.Macam lama.Macam jauh sebenarnya sekejap dan dekat sangat dah nak melangkah ke tahun 2020.Dulu selalu sebut wawasan 2020.Bila buat karangan..tak lekanglah ayat wawasan 2020 ni.InshaAllah tiga bulan lagi..muncullah apa yang disebut-sebut dulu.Tahun 2020.

Walau sedetik waktu Allah SWT pinjamkan..itu nikmat yang dapat dikecapi.Sedetik PC tidak sama pengisiannya dengan sedetik waktu orang lain dan begitulah sebaliknya.Tidak kisah apa yang dilakukan..asalkan ianya memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri malahan kepada orang lain juga..maka teruskanlah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



5 comments:

  1. Betul tu PC.. sekejap je masa berlalu sekarang ini.. Rasa macam baru sahaja Januari tapi dah berada di bulan Oktober dah kita..

    ReplyDelete
  2. kann sekejap je..sdar tak sdar nk hujung tahun da

    ReplyDelete
  3. MASA CEPAT SEKALI MENINGGALKAN KITA...INSYAA ALLAH MOGA MAMPU MENJEJAK 2020

    ReplyDelete
  4. Masa sekarang ini memang terasa sangat cepat berlalu tak macam masa zaman kecik-kecik dulu lama jer... rasa masa tu.

    ReplyDelete
  5. Allahu memang cepat sangat masa berlalu...tambahan pula kita da semakin berusia...lebih banyak komitmen dari masa yang kita ada...berbanding masa muda, komitmen kita bole kira dengan jari...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..