Merajuk??..Mengapa Tidak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MERAJUK?? MENGAPA TIDAK | Sebut merajuk pasti persepsinya condong kepada suatu perbuatan atau tindakkan negatif.Malas nak melayan rajuk ni.Bosan.Meluat.Sakit hati.Buang masa.Macam budak-budak.Mengada-ngada.Tidak matang.Nampak tak.

Justeru itu mengapa orang atau individu yang rajin sangat merajuk ni susah orang lain nak dekat sebab letih kalau asyik nak sentap tak kira masa ikut kiraan dia je sentiasa.

Habis tu..tak boleh ke merajuk.
Merajuk?? mengapa tidak.

Merajuk salah satu perangai yang mewarnai kehidupan kita.Sebagai seorang individu tidak kiralah siapa pun kita..rasa atau sifar merajuk itu memang ada.Bezanya banyak atau sedikit.Kerap atau kadang-kadang.Rendah atau tinggi sahaja.Kalau sebut merajuk ni selayaknya hanya untuk peringkat usia kanak-kanak..rasanya tidak wajar juga begitu..kerana baik lelaki mahupun perempuan yang dewasa tetap ada rasa merajuk itu.Adakala perempuan dikatakan kuat merajuk.Jangan hairan ada juga lelaki yang berlebihan rajuknya.

Mahu menarik perhatian.Lazimnya bila merajuk alasannya mahu menarik perhatian la tu.Logiknya tidak juga.Kerana peribadi pada pendapat PC..merajuk itu adalah kombinasi antara memendam rasa+marah+malas nak ulang-ulang cakap hal yang sama berkali-kali.Kadang ada orang tak laku dengan kata-kata tapi bila berhadapan dengan rajuk atau menghadapi situasi merajuk..baru gelabah.

Perlu ke merajuk.Perlu tapi berpada-pada cukup sesekali kerana kalau dibiasakan boleh menjadi virus dalam kehidupan.Bahaya jugakan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. Kadangkala perlu merajuk bawa diri, biar orang tahu kita juga punya hati perasaan.. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbulkan kesedaran pada orang lain kan Husniey..

      Delete
  2. Merajuk kdg2 kena pujuk seronok juga hehee.. salah hujung minggu PC :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercambah semula kemesraan dan eratkan silaturahim..

      Delete
  3. sekali dua i layan, berkali-kali i gerak dulu pape rojer.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Thank you, nice post! This was the thing I needed. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do ...

    ReplyDelete
  5. Kalau budak-budak merajuk tu biasa kejap aje rajuknya.
    Kalau orang tua yang merajuk, ini bahaya sikit takut rajuk yang berpanjangan dan tak dapat dipujuk.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..