Mengapa Tidak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENGAPA TIDAK | Mahu mencuba.Bismillah.Mengapa tidak.Banyak faktor rasa mahu mencuba itu timbul.Sesiapa pun ada hak untuk mencuba melakukan sesuatu yang diingini atau yang telah sekian lama dipendam atau disimpan.Kadang bukan lambat tapi belum masanya Allah SWT izinkan ianya berlaku.

Apa-apa pun ada niatnya..ada usahanya..inshaAllah boleh.Mengapa tidak.Usia,fizikal,keturunan dan sebagainya itu bukan halangan kerana selagi ada rasa mahu boleh teruskan sahaja.

Mengapa tidak andai apa yang mahu dilakukan perkara baik yang baiknya bukan diri sendiri nikmati bahkan orang lain juga boleh kecapi bersama-sama walau sedikit.Tidak berbahaya,tidak menimbulkan masalah pada diri sendiri dan orang lain,tidak juga meragut keselesaan,ketenangan,kebahagiaan,kegembiraan orang serta  tidak menimbulkan huru-hara yang berlarutan.

Dan;

Dalam waktu yang sama mengapa tidak manusia sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

11 comments:

  1. Sama lah, memang rasa ingin mencuba buat bisnes sendiri dalam fikiran ni..cuma nak buat tu tak tahu nak mula kat mana? moga diberikan jalan kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Cari rujukan yang tepat.Niat baik Allah permudahkan.

      Delete
  2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Moga setiap tekad yang baik Allah permudahkan.

      Delete
  3. kalau bermanfaat, memang perlu mencubanya

    ReplyDelete
  4. Betul tu PC.. selagi hidup kita perlu mencuba sbb ia sebahagian daripada usaha dan ikhtiar hidup. Terima kasih atas perkongsian peringatan ini PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..