Memang Tak Mencukupi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MEMANG TAK MENCUKUPI | Paling diharap atau didamba dalam hidup kita adalah keberkatan. Dengan cara bagaimana pun kita usahakan.. Matlamatnya nak apa sahaja yang dipinjamkan Allah SWT atau diusahakan ada nilai keberkatannya. Sikit cukup dan disyukuri.. Bila ada lebih sikit bolehlah diagih-agihkan..dikongsikan apa sewajarnya mengikut kesesuaian. InshaAllah.Aamiin.

Berasa tidak cukup bukan bererti tidak berkat. Mahu lagi dan lagi bukan juga kerana tamak. Nak lebih juga tidak semestinya tidak ada kepuasan yang dikecapi. Hakikat.. jujurnya PC sendiri sentiasa berasa memang tak mencukupi pada sesetengah perkara sehinggakan meminta-minta. 

Memang tak mencukupi lalu meminta-minta.Hinakah?..Keterlaluankah?.. Peribadi bagi PC andai memang kena pada tempatnya mengapa tidak. 

PC berdoa.. semua kita berdoa dengan cara dan sebab masing-masing.. Namun PC tidak malu untuk sentiasa minta dan ingatkan babah mama, mertua atau siapa sahaja yang sudi untuk mendoakan PC juga walaupun mereka sentiasa mendoakan tanpa diingatkan. Boleh jadi doa diri sendiri tertangguh.. doa ibu bapa tertunai segera.. Maka PC selalu rasa memang tak mencukupi dengan doa sendiri dan perlu disokong dengan doa-doa dari insan-insan lain juga. 

Kalau berasa cukup dengan sekali usaha.. Ramai yang gagal. Beruntung kalau sekali usaha terus berjaya. Bagaimana pula yang sepuluh kali usaha..dua puluh kali gagal. Bayangkan kalau cepat sangat rasa cukup. Jadi kalau melihat kejayaan dari definitely apa pun pasti rasa memang tak mencukupi itu tebal Dan mendorong mereka lebih ke hadapan. 

Andai melihat gigihnya orang lain lakukan sesuatu.. Sokonglah dengan doa-doa yang baik. Memang tak mencukupi dengan solat lima waktu..puasa di bulan Ramadhan..tambahlah dengan apa selayaknya. Peringatan untuk diri PC juga. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



8 comments:

  1. Naluri manusia tak pernah rasa cukup. Tapi bab doa tu saya setuju sangat. Kadang-kadang orang lain lagi beria doakan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur sangat-sangat andai ada orang beria doakan kita.

      Delete
  2. Sebab itu kita kena sentiasa berdoa memohon kecukupan daripada-Nya.
    Banyak tak semestinya cukup
    Sedikit tak semestinya tak cukup
    Keberkatan itulah yang secukupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.Keberkatan itu buat yang walau sedikit terasa banyak.

      Delete
  3. Bab doa itu memang Sha setuju sangat.. Dalam pada kita meminta untuk didoakan, kita juga harus bermurah hati mendoakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kan..kita terima dan dalam masa kita pun memberi juga.

      Delete
  4. Keberkatan itulah yg penting dlm hidup ni. Sbg manusia yg serba lemah mmg tak lari dari perasaan tak cukup dlm sesetengah perkara. Moga kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. Semoga Kak dilimpahi keberkatan olehNya. Selalu minta mak ayah doakan kebaikan untuk Shu dan adik beradik yang lain setiap kali call mak. walaupun jauh beratus km, tapi tetap call takut jauh dari mak ayah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..