Mampu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MAMPU |Berbelah bahagi itu sering bersarang hingga bersawang dihati. PC sendiri lalui. PC juga hadapi hingga kini dalam beberapa hal atau urusan.Suatu yang macam sukar mahu dihindari Dan di atasi juga sebenarnyalah.Moga perlahan-lahan.. Sedikit demi sedikit mampu ditinggal dan atasi. InshaAllah.Aamiin.

Kalau sebut tentang mampu..sangat luas pengertiannya. Boleh dibahagikan kepada banyak bahagian juga. Jangan bezakan kerana mampu seseorang itu berlainan atas diri sendiri yang Allah SWT kurniakan. 

Mampu manusia itu berbatas.Mampu manusia itu rezeki yang dipinjamkan. Boleh Allah SWT beri dan tambah.. Boleh juga Allah SWT ambil dan kurangkan.Justeru jangan menyalahgunakan mampu itu pada tempat.. masa dan situasi yang salah serta dengan alasan yang tidak sewajarnya. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



17 comments:

  1. Selagi mampu, jangan berputus asa untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kehidupan yang paling kekal nanti di sana.Aamiin.

      Delete
  2. kak ana selalu berpegang pada pernyataan Allah swt menguji hambaNya mengikut kemampuan mereka, dan bila di uji dengan segala macam ujian, tabah dan tempuhi semampunya, PC dan sentiasa mengharapkan semoga dipermudahkanNya jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..bagi PC apa pun jenis ujian itu cara Allah swt nak didik kita dalam senyap.

      Delete
  3. kemampuan manusia berbeza² mengikut jalan cerita masing²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul..hadapi dengan sabar dan sentiasa doa moga Allah kurniakan rasa sabar yang tulus.

      Delete
  4. Apa kabar pc...lama kita tak bersua dialam maya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat seadanya..terima kasih sudi singgah ya ziarah blog PC.

      Delete
  5. Apa kabar pc...lama kita tak bersua dialam maya ni...

    ReplyDelete
  6. Sama2lah kita sentiasa berdoa agar diberi kemampuan buat kita semua untuk terus mampu beribadah dan menjalankan setiap amanah dan tanggungjawab dgn sebaiknya... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Beribadah dengan setulus hati.Moga dalam ibadah kita itu ada yang Allah terima dan ganjaran pahalanya berganda.Aamiin.

      Delete
  7. Lin suka buat macam ni aje, 'Mampu' ya buat dan laksanakan, 'tak mampu' jangan amik risiko sampai sanggup nak buat, akhirnya tak siap dan tak sempurna jadi ketiakpuasan semua orang, kena ada sikap tanggungjawan di sebalik mampu dan kemampuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat Sis..mampu laksanakan..barulah timbul rasa gembira dan redha.Tidak rasa terpaksa dan hujungnya tertekan.

      Delete
  8. betul tu PC, mampu untuk setiap individu itu berbeza..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..