Peruntukan Masa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERUNTUKAN MASA | Gagal untuk mengadakan peruntukan masa ni banyak sebab. Banyak alasan. Betul-betul  atau alasan itu cuma diri sendiri dan Allah SWT yang tahu. 

Nak..akan sentiasa cuba usaha.. bila dah tak nak..tentu berlengah atau beralasan sahaja. 

Sama. 24 jam 7 hari seminggu. Apa yang membezakan cara mengurus masa sahaja. Ada yang lebihkan pada aktiviti riadah.. ada pula yang lebih senang dan gembira melebihkan masa untuk menyelesaikan pelbagai kerja baik di tempat kerja atau di rumah juga...dan sebagainyalah. 

Peruntukan masa. Tidak mudah mahu mengisi dan mahu manfaatkan masa sebaik-baiknya.Kalau tanam pokok-pokok.. perlu sediakan peruntukkan masa untuk pokok-pokok tersebut. Begitu juga kalau memelihara haiwan peliharaan..kucing.. arnab..kambing dan sebagainya.. perlu sentiasa memberi perhatian yang baik.. Perhatian itu memerlukan peruntukan masa. 

Apatah lagi peruntukan masa PC untuk beribadah.. Lebih-lebih lagi sangat-sangat penting dan perlu. Peruntukan masa kita pada Allah SWT adalah ketika beribadah.Solat.Puasa.Sedekah..dan lainnya. Selalu PC terfikir... dalam setiap hari dan jam yang telah Allah SWT pinjamkan.... Berapa peruntukan masa yang PC luangkan atau sesuaikan serta gunakan untuk-NYA. Allahu.

Peruntukan masa untuk-Nya kerana dia sentiasa ada masa untuk hamba-NYA. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

5 comments:

  1. Yang peliknya ada yang selalu cakap tak cukup masa

    ReplyDelete
  2. Allahu.. terasa kerdil diri ini, moga setiap masa kita diterima sbg satu amalan yg baik. Terima kasih atas peringatan buat renungan bersama ini PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..