Manislah Sikit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MANISLAH SIKIT

Lebar dan panjang daun pandan
Harum semerbak dihidu setaman
Manislah sikit memberi senyuman
Tiada salahnya selagi bersempadan

Acar buah pembuka  selera
Manis pedas beraneka rasa
Manislah sikit bila berbicara
Asal tidak mengada-ngada

Tersusun rapi batu bata
Selang seli dua warna
Manislah sikit ketika meminta pada-Nya 
Menjaga tertib jangan dilupa

Seronok memsak bila minat
Dalam seronok mesti beringat
Cukuplah manisnya sikit-sikit
Niatkan usaha menghindar penyakit

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

10 comments:

  1. Kalau manis sangat pun tak boleh, manis sikit-sikit okaylah hehehehe

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen sy ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Kurangkan manis dalam makanan
    lebihkan manis dalam senyuman

    ReplyDelete
  4. Manis dan pemanis buat dunia lebih menceriakan. Asalkan tidak memudaratkan, kata2 manis itu satu ibadah penyeri silaturrahim.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. kita biasa pilih yang lebih manis berbanding yang tak manis kan..kadang kala kena kurangkan juga manis itu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..