Kerana DIA Lebih Tahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KERANA DIA LEBIH TAHU | Setinggi mana menara didaki.Seluas mana lautan dijelajahi. Sebanyak  mana dermaga disinggahi.Sedalam mana ilmu digali.Tidak tertanding ilmu Allah SWT. 

Kerana DIA LEBIH TAHU. Tidak sentiasa PC berada dalam keadaan emosi yang tenang. Tidak juga selalunya berfikiran lapang. Ada juga terusik dengan hal dan urusan persekitaran.. Boleh jadi menjuruskan urusan peribadi.. Barangkali juga selain itu.

Banyak perkara yang tidak diingini. Banyak hal cuba mahu dihindari.. dan banyak urusan yang mahunya indah seperti dirancang. Allah SWT tahu itu semua. Apa yang hamba-NYA fikirkan.. Lintaskan pada hati... semua DIA tahu. Namun mengapa yang hamba-NYA tidak mahu tetap diberi.. Yang didamba macam tiada apa-apa. 

Kerana DIA LEBIH TAHU apakah langkah yang bakal hamba-NYA lakukan seterusnya dan sejauh mana rasa percaya pada-Nya. 

Hamba tidak suka sedang DIA cinta hujungnya manis nikmat. Hamba suka sedang DIA murka hujungnya musibah rebah. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 


10 comments:

  1. Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang kita sebagai hamba-Nya tak tahu.
    DIA sebaik2 perancang dan maha mengetahui

    ReplyDelete
  2. All the time kita kena tanya DIA which is the best for us dari mataNya kan PC :)

    ReplyDelete
  3. betul tu, kadang kala kita silap buat keputusan tak tahu yang mana betul dan saya dan ada ikut nafsu, kena selalu ingat padanya mohon petunjuk utuk buat keputusan

    ReplyDelete
  4. umpama.. ibubapa dengan anak anak kecil. kekadang anak anak suka tapi mak ayah tak kasi. kekadang anak anak tak gemar tapi mak ayah suruh buat juga. semuanya sebab ibubapa tahu apa yg terbaik utk anak2. :)

    ReplyDelete
  5. Adakala kita tak dapat apa yang diusahakan kerana Dialah yg Maha Mengetahui apa yg lebih baiik utk kita. Mmg hidup ini kita kena belajar erti redha kan PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..