Jangan Mulakan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN MULAKAN | Detik ini kita mampu ke mana-mana sendiri..melakukan apa sahaja mengikut sesukanya hati.Bahagia dengan keluarga sendiri..anak isteri..berasakan cukuplah ada insan-insan ini..insan yang ngam dihati...insan dan serasi untuk berbual dan beriadah dan santai menikmati apa sahaja juadah yang menepati citarasa diri.

Siapa yang tidak klik tolak tepi..abaikan seperti tidak punya  hati..cari..ah nanti bila ditimpa masalah sana sini..nampak orang yang dibenci dirasakan tidak sehati..bila ada hal tidak mampu dipikul sendiri.Allahu.

Sebenarnya..ingat bila jasad sudah tidak bernyawa lagi.Bila semua hanya bergantung belas insan lain yang punya nurani sudi menyantuni.Kalau hari ini cuba mahu membenci..cuba bayangkan boleh jadi yang dibenci nanti mengusung jenazah diri yang sudah tidak berdaya lagi.Fikir.Fikir dan fikir. 

JANGAN MULAKAN kebaikkan kalau hati tidak kuat untuk memecahkan rasa riak..kerana itu seperti menyalakan api untuk membakar diri sendiri..maka janganlah sehingga hati benar-benar mampu bebas daripada rasa yang hujungnya membinasa.

JANGAN MULAKAN permusuhan kalau berasakan tidak mampu untuk menjalani banyak hal atau perkara bersendirian..ingat..hidup ini kita sentiasa memerlukan kudrat orang lain untuk membantu dan menyokong kurangnya kudrat kita untuk lakukan suatu hal.

Untuk memberi layanan yang setara itu agak mustahil kerana ianya mengikut keperluan apa selayaknya..namun selagi boleh santunilah sesiapa sahaja sebaik-baiknya tanpa memilih dan ada skala membeza-beza..kedepan kita tidak tahu entah bagaimana ceritanya..pastinya tidak tergamak mahu menjilat semula ludah sendiri.

Related image
Jangan Mulakan | Google Image
Duri tetap duri..tetap sakit bila terkena

#sama-sama mencari redha Allah SWT

14 comments:

  1. Benar..ibarat tepuk dada tanya iman...iman kuat, pasti apa yang kita mulakan tidak akan menjadi kesan buruk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis. Jangan ikut suka sendiri semata-mata sentiasa buruk padahnya kelak.

      Delete
  2. singgah baca-baca kat sini ...jum baca dan bagi pendapat https://misseffah-ara.blogspot.com/2019/09/morning-sickness-teruk-nortaqifa-abd.html

    ReplyDelete
  3. Jangai
    Memulai.. hidup lah dgn berbaik2 sesama ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau tak sambung silaturahim.. Jangan putus atau pecahkannya.

      Delete
  4. Kak Sue setuju jangan membeza-beza tu PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab di pandangan Allah SWT kita sama yang membeza sekadar amalan bukan harta benda.

      Delete
  5. Setuju tu kak Pc.. Semoga kita berlaku adil dalam melayani sesama manusia..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..